SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI .....................

SELAMAT DATANG KE BLOG BAHAN TUGASAN KAMI .....................
Kami pamerkan bahan yang kami ada.........kalau tak silu ambillah ........semuanya free je...

Wednesday, April 6, 2011

Kajian Kes Sekolah: Pencerobohan Orang Kurang Siuman di SK. Kubang Lintah.

Seperti biasa rutin harian, anda sebagai pengurus sekolah membuat rondaan biasa mengelilingi kawasan sekolah setelah tulis nama kehadiran di pejabat. Tiba-tiba anda terdengar bunyi bising dari tingkat bawah. Anda diberitahu oleh seorang guru bahawa seorang kurang siuman telah masuk ke kawasan sekolah dan sedang menahan seorang pelajar sebagai tebusannya. Orang tidak siuman itu memeluk pelajar tersebut dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang sebilah pisau. Dia mengugut akan mencederakan atau membunuh mangsanya sekiranya permintaannya tidak dipenuhi

2.0. Pendahuluan
Negotation atau rundingan berlaku apabila dua pihak sedang berusaha untuk mencari satu penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak. Sebagai seorang pengurus, perundingan merupakan situasi yang paling rumit yang perlu mereka hadapi sepanjang kerjaya mereka. Perundingan diadakan kerana adanya konflik atau ketidaksetujuan keinginan atau keperluan antara dua pihak yang berlainaan. Dalam sekolah, ia berlaku di antara Guru Besar dengan staf, guru, pelajar, pembekal, ibu bapa serta pihak-pihak jabatan atau kementerian. Ia juga perlu dilakukan jika terdapat situasi yang tidak terduga. Seperti dalam kes orang kurang siuman ini.

Seterusnya rundingan akan berlaku apabila sesorang merasa terdapat perbezaan yang tidak secocok dan keadaan ini akan menyebabkan pertentangan atau kekacauan. Sekiranya seseorang itu merasa wujud perbezaan tidak kira sama ada perbezaan itu benar-benar wujud atau tidak , konflik telah wujud. Apabila berlakunya dua atau lebih motif tidak dapat dipuaskan kerana yang satu lagi menganggu yang lain maka wujudlah konflik sekiranya dibiarkan secara berterusan. Maka konflik yang kecil akan menjadi besar dan boleh mengakibatkan kesan yang negatif terhadap organisasi malah ianya akan wujud perkara-perkara yang tidak diingini dan luar jangkaan organisasi.

3.0. Konsep Negotiation
Perundingan merupakan satu proses di mana pihak-pihak yang terlibat perlu mencari penyelesian terhadap perdebatan (dispute), persetujuan dengan tindakan-tindakan yang dipilih, berunding untuk kelebihan seseorang individu ataupun secara kolektif supaya dapat menghasilkan outcomes yang positif kepada kedua-dua pihak. Ia juga dianggap sebagai satu bentuk alternative dalam penyelesian perdebatan (alternative dispute resolution). Melalui definisi ini kita dapati bahawa perundingan berlaku dalam semua situasi dalam kehidupan seseorang dari pergaulan harian sehingga kes-kes guaman di mahkamah.
Perundingan bukan bertujuan mengalahkan, mengintimidasikan, mahupun mengarah pihak lawan, tetapi lebih berarah mencari penyelesaian masalah dengan mencari persetujuan dengan menitikberatkan semua keperluan serta kehendak pihak yang terlebat. Skill perundingan adalah skill yang amat diperlukan. Ia harus diperolehi melalui pengetahuan dalam teori dan amalan perundingan yang mantap. Demi menguruskan sesuatu dispute dengan berkesan serta koperatif seseorang harus mempunyai ciri-ciri:
i. Empati
ii. Daya kesabaran
iii. Penilaian terhadap limitasi pihak lawan
iv. Kebolehan memberi konsesi tanpa menjejaskan kedudukan sendiri
v. Bersikap adil
vi. Kebolehan menjangka titik penyelesaian pihak lawan
vii. Pendekatan yang inovatif

Menurut Tim Hindle (1998), menyatakan bahawa:

”Negotiation occurs when someone else has what you want and you are prepared to bargain for it, and vise versa. Negotiation takes place every day between family members, with shopkeepers, and almost continuously in the workplace”.

Kemahiran berunding ialah kebolehan seseorang individu mendapatkan persetujuan dari pihak lawan mengenai sesuatu perkara yang dirunding bagi tujuan tertentu sama ada untuk kepentingan dirinya atau untuk kepentingan bersama. Manakala Katz & Kahn (1978) melaporkan bahawa kebanyakan perunding berpendapat bahawa fokus yang penting adalah cara proses perundingan itu dilaksanakan. Perlaksanaan biasanya menggunakan teknologi yang spesifik bersamaan sistem komunikasi dan sumber maklumat yang baik.

Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987), pula menekankan ruang rujuk perundingan kepada khidmat kemanusiaan. Ianya sesuai dengan pendapat Lippitt dan Lippitt (1978). Perundingan dikatakan merupakan khidmat kemanusiaan yang mementingkan proses penyelesaiaan masalah itu secara sukarela. Khidmat perundingan boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsultinya. Di samping itu, asas proses perundingan bertujuan untuk membantu konsulti memperkembangkan kemahiran dan sikapnya supaya boleh berfungsi dengan lebih berkesan terhadap pihak yang ia bertanggungjawab. Seseorang perunding yang berkesan perlu memahami bagaimana manusia akan menyesuaikan diri dan menyesuiakan semula apa yang mereka katakan semasa rundingan berasaskan kepada kelakuan pihak lawan dan apa jangkakan akan dilakukan oleh pihak lawan.


4.0. Ciri-Ciri Rundingan
Terdapat dua atau lebih pihak , individu, kumpulan atau organisasi dimana wujudnya konflik keinginan dan keperluan antara dua atau lebih pihak dan pihak-pihak ini perlu mencari jalan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sekiranya konflik ini tidak diatasi maka daripada permasalahan yang kecil akan menjadi besar dan mengakibatkan berlakunya ketegangan antara kedua belah pihak. Oleh itu pihak-pihak berkenaan perlu berunding yang mana lebih suka kepada pendamaian dan satu keputusan yang diterima oleh kedua-dua belah pihak sama ada menang-menang atau menang- kalah.

Rundingan yang berjaya akan melibatkan persetujuan tentang apa yang boleh dilihat, penyelesaian apa yang tidak dapat dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung kedua-dua pihak semasa rundingan . Dalam perundingan yang dibuat, kedua-dua belah pihak mengharapkan “give and take” iaitu mengharapkan pihak lain akan mengubahsuaikan atau mengkompromi atau mengalah dalam permintaan mereka.

Dalam buku Teach Yourself Negotiating, karangan Phil Baguley, dijelaskan tentang definisi perundingan iaitu suatu cara untuk menetapkan keputusan yang dapat disepakati dan diterima oleh dua pihak dan menyetujui apa dan bagaimana tindakan yang akan dilakukan pada masa hadapan. Jesteru itu dalam perundingan komunikasi merupakan perkara yang penting. Ia merupakan cara asas kerjasama dan kordinasi dari berbagai-bagai tenaga menusia diperolehi, Kerjasama dan kordinasi memerlukan permindahan dan penerimaan mesej antara manusia supaya setiap orang mengetahui apa orang lain mahu mereka lakukan.


5.0. Latarbelakang Sekolah
SK Kubang Lintah merupakan sebuah sekolah gred A di daerah M. Sekolah ini diuruskan oleh seorang guru besar wanita yang sebelumnya pernah bertugas di sekolah ini sebagai seorang Guru Penolong Kanan HEM. Beliau dibantu oleh 5 orang guru lelaki, 21 orang guru wanita dan 5 orang staf sokongan. Terdapat seramai 480 orang murid yang belajar di sekolah ini. Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) mempunyai iltizam yang tinggi ke arah kecemerlangan sekolah ini. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan perkampungan yang padat dengan masyarakat Melayu. Masyarakatnya yang prihatin, sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di sekolah dan memberikan kerjasama yang amat membanggakan.


6.0. Pernyataan Masalah
Seperti biasa rutin harian, anda sebagai pengurus sekolah membuat rondaan biasa mengelilingi kawasan sekolah setelah tulis nama kehadiran di pejabat. Tiba-tiba anda terdengar bunyi bising dari tingkat bawah. Anda diberitahu oleh seorang guru bahawa seorang kurang siuman telah masuk ke kawasan sekolah dan sedang menahan seorang pelajar sebagai tebusannya. Orang tidak siuman itu memeluk pelajar tersebut dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang sebilah pisau. Dia mengugut akan mencederakan atau membunuh mangsanya sekiranya permintaannya tidak dipenuhi
7.0. Tanggapan Awal
Persepsi yang positif terhadap lawan adalah penting di dalam perundingan integratif tetapi perundingan distributif sentiasa dipenuhi oleh persepsi-persepsi negatif atau biaas pada diri semua perundingnya. Kadangkala persepsi yang negatif pada perunding boleh mengakibatkan perundingan integratif bertukar menjadi distibutif. Perunding yang sangat bias (biased) dalam perundingan sentiasa mempunyai kecenderungan berikut :
i. Mempunyai persepsi bahawa perundingan yang akan berlangsung adalah bersifat “Fixed-pie” atau menang-kalah disebabkan oleh isu atau bahan yang menjadi rebutan itu terhad.
ii. Semasa berunding semua pihak sering mempunyai persepsi bahawa mereka akan menang dalam perundingan. Ini akan menyebabkan mereka berusaha mendapatkan kuasa bagi memastikan kemenangan walaupun perundingan boleh diselesaikan secara integratif.
iii. Perunding yang bias lazimnya tidak boleh menerima kekalahan dan terlalu menekankan kos yang relatif dengan keuntungan. Ini mengakibatkan mereka berusaha untuk mendapatkan keuntungan yang sangat besar daripada perundingan.
iv. Perunding yang melihat perundingan sebagai bersifat kompetitif mempunyai persepsi dia akan mendapat keuntungan yang sedikit berbanding dengan perundingan yang melihat perundingan sebagai bersifat integratif.




Perundingan yang kurang bias mempunyai kecenderungan berikut :
i. Mempunyai persepsi bahawa semua pihak mempunyai keutamaan yang berbeza. Ini menjadikan mereka peka dan berempati terhadap keperluan lawan serta berusaha untuk menyumbang kepada penyelesaian yang lebih adil.
ii. Mempunyai persepdi yang positif terhadap pihak lawan dan berasa senang dalam interaksi dengan mereka.
iii. Sangat mengutamakan keadilan dan tidak berat sebelah dalam perundingan.
iv. Sedia menghadapi kekalahan dalam perundingan dan tidak mempunyai dendam atau mempamerkan perlakuan buruk setelah tewas dalam perundingan.
v. Sanggup menyelesaikan masalah dengan cara yang menguntungkan kedua-dua pihak (log-rolling)

Perundingan yang berkesan ialah perundingan yang mencapai penyelesaian yang dapat memuaskan semua pihak yang berunding. Persepsi negatif hanya kan menyusahkan penyelesaian dan harus dihindarkan. Namun begitu persepsi negatif terhadap lawan adalah suatu tabiat semulajadi yang sukar diketepikan.Oleh sebab itu adalah bijak jika semua pihak yang berunding itu terlebih dahulu berbincang mengenai persepsi masing-masing supaya sikap faham memahami di kalangan perunding akan dapat diwujudkan dan penyelesaian akan dapat dicapai secara integratif.



Dalam hal ini beberapa tanggapan awal perlu dibuat supaya tanggapan awal ini dapat membantu dalam melakukan perundingan. Ianya juga memainkan peranan yang besar di dalam sebarang perundingan kerana ia akan mencorakkan jenis atau gaya komunikasi yang akan digunakan oleh perunding-perunding dalam perundingan. Adakah orang kurang siuman itu benar-benar untuk mencederakan murid berkenaan.

i. Adakah dia tu betul-betul tidak siuman?

ii. “Kenapa dengan orang ini”

iii. “Dia ni ada masalah dengan keluarganya”

iv. “Saja-saja aje dia ni”

v. Dia ni nak perhatian”

8.0. Tujuan Atau Prioriti Utama
Memastikan keselamatan semua pelajar terutamanya murid yang menjadi sasaran suspek itu serta warga sekolah tidak terjejas.


9.0. Cara Mengatasi
Bagi mengatasi permasalah ini satu kajian menyeluruh terhadap aspek perlakuan orang ‘kurang siuman’ tersebut perlulah dikaji dan mengikut definisi aras permasaalah ini merupakan satu permasalahan intrapersonal. Keperluan pengurus perlulah memahami situasi dan keadaan orang tersebut dan mendapatkan maklumat berkenaan diri beliau tentang latarbelakang dan tahap kewarasannya supaya satu pendekatan yang sesuai dapat dilaksanakan. Perkara penting seperti nama, asal-usul dan keluarga terdekat lelaki tersebut perlulah diperolehi bagi memahami situasi perlaku. Mengetahui atas sebab punca berlakunya tindakan yang dilakukan oleh orang kurang siuman itu, supaya pendekatan penyelesaian dapat diatasi dengan segera.


10. Pemikiran Secara Rawak Tentang Kes
i. Memagar kawasan kejadian dengan tidak membenarkan pelajar-pelajar menghampiri dan melihat
ii. Mengarahkan guru-guru yang berada di dalam kelas mententeramkan pelajar dengan memberi “Pep Talk”.
iii. Jangan menimbulkan kemarahan orang kurang siuman tersebut.
v. Menghubungi ahli keluarga orang kurang siuman tersebut
vi. Menyediakan makanan, minuman dan rokok
vii. Dalam situasi tenang dan jangan panik
viii. Memanggil pihak berkaitan seperti Polis atau Hospital dan Bomba
ix. Cuba mengadakan situasi yang melekakan orang kurang siuman itu.










10. Rancangan Perundingan

10.1 Langkah 1 – Kenal pasti dan takrifkan masalah
(Identify and define the problem)
Pada peringkat yang pertama pengurus perlulah mendapatkan maklumat asas tentang pelaku tersebut dengan meminta orang tempatan atau yang mengenali pelaku tersebut. Segala aspek seperti kehendak, keperluan dan status kewarasan pelaku hendaklah diambil kira. Di samping itu perunding haruslah cuba mendekati suspek dan melayan keperluan beliau dan mengapa tindakan dilakukan. Keselamatan pelajar adalah satun priority di dalam kes ini kerana pelaku memiliki senjata merbahaya.


10.2 Langkah 2 – Mengumpulkan semua isu-isu yang berkaitan
(Assembling and priorising the issues )
Isu-isu lain yang berkait dengan masalah utama dalam kes ini ialah:
i. Seorang kurang siuman telah menceroboh kawasan sekolah.
ii. Berjaya menahan seorang murid sekolah dan dijadikan tebusan.
iii. Membawa senjata merbahaya ke kawasan sekolah.


10.3 Langkah 3 – Kenalpasti apa kehendak kita
(Defining your interest : why you want?, what you want? )
i. Ancaman dapat dihindari.
ii. Murid yang ditahan dapat dilepaskan tanpa sebarang kecederaan.
iii. Pelaku dapat dikawal dari terus melakukan sebarang gangguan.
iv. Senjata dapat diambil semula.
Sebagai perunding apa yang kita mahukan adalah pelaku tersebut melepaskan pelajar tersebut dan tidak bertindak secara agresif.


10.4 Langkah 4 – Mengetahui had keupayaan dan alternatif
( Know your limit and alternatives )
Dalam menjalankan perundingan ini, sebagai seorang pengurus perlulah mengetahui had keupayaan yang boleh dimiliki:
i. Kita berada di kawasan sekolah dan di kelilingi
ii. Sokongan dan bantuan boleh diperolehi dengan segera.


10.5 Langkah 5 - Menentukan sasaran dan pembukaan tawaran
(Set Target and Openings)
Untuk menentukan apakah keupayaan dan kebolehan menghadapi perundingan yang akan dijalankan boleh dipastikan melalui rajah di bawah:
The Headmistress’s view of the Computer Negotiation









10.6 Langkah 6 - Menilai keupayaan kita
(Assess Own Constituents)
Dalam kes pencerobohan, pihak Guru Besar perlu menilai keupayaan sejauh mana pihak sekolah dapat menangani situasi ini dengan cara kolaboratif tanpa menjejaskan nyawa atau keselamatan mana-mana pihak. Oleh itu, pihak sekolah harus menilai:
i. Keupayaan guru-guru dan stafnya memberi bantuan dalam situasi genting.
ii. Jarak sekolah dari balai polis berdekatan.
iii. Kepantasan mangsa ibu bapa berada di sekolah.
iv. Kepantasan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) berada di sekolah
v.Jika perundingan pihak sekolah gagal, kepantasan perunding profesional berada di sekolah.


10.7. Langkah 7 - Membuat analisis mengenai orang kurang siuman
(Analyze the other party)
Mengapa beliau melakukan demikian dan apa yang beliau inginkan.?Perkara-perkara yang perlu diambil kira:
i. Sumber, minat dan kehendak yang dimiliki.
- Keadilan dan penghargaan
ii. Pilihan lain yang boleh dimiliki oleh orang kurang siuman tersebut
- Membuat penafian, mencari helah, berdalih
- Menjadi lebih agresif
- Berubah menjadi lebih positif
iii. Kuasa yang dimiliki oleh orang kurang siuman tersebut untuk membuat perundingan
iv. Strategi dan taktik yang mungkin boleh digunakan
- Mempertahankan diri
- Meraih simpati seperti merayu, menangis
- Bersetuju untuk berubah


10.8. Langkah 8 - Apakah strategi yang hendak digunakan
(What strategy do I want to pursue?)
Untuk mendapatkan hasil perundingan yang baik perundingan dijalankan dengan pendekatan penyelesaian masalah bersifat distributive.
Perundingan ini juga dikenali dengan nama win-lose atau zero-sum disebabkan oleh taktik hard-ball yang digunakan oleh pihak perunding. Tujuan utama dalam stail perundingan ini adalah untuk mencapai kemenangan untuk pihak sendiri tanpa memikirkan pihak berlawan. Matlamat utama perunding adalah menewaskan pihak lawan. Situasi perundingan ini adalah bersifat distributive. Kaedah ini banyak menggunakan kuasa untuk mempengaruhi dan menundukkan pihak lawan seperti menggunakan ugutan, tindakan undang-undang, kekerasan serta hukuman. Strategi bersaing atau berlawan ini adalah strategi yang selalu digunakan apabila kita berkonflik dan cuba menyelesaikan konflik itu. Masing-masing pihak akan cuba memaksa pihak yang satu lagi supaya setuju dengan kemahuannya. apabila kita melawan kehendak orang itu, punca konflik pada pandangan kita adalah sangat mustahak dan kita cuma mahu menang sahaja. Apabila kita gunakan strategi melawan, kita mahu perkara itu diselesaikan semaksimanya mengikut diri kita. Dalam strategi ini kita tidak menjaga perhubungan kerana menganggapkan bahawa perhubungannya bukanlah perkara yang paling penting. Strategi ini juga dikenali dengan nama ‘menang sekarang, kalah kemudian’. Strategi ini ialah contoh cara berfikir yang singkat. Ia cuba mendapatkan sebanyak-banyaknya apa yang boleh didapati sekarang dan tidak pedulikan pada kesan jangka masa panjang perbuatan itu terhadap perhubungan yang ada. Strategi bersaing/berlawan/contending hanya sesuai digunakan dalam situasi-situasi berikut:
i. Konflik itu tidak melibatkan sebarang perhubungan baik pada
masa sekarang mahupun pada masa akan datang.
ii. Perhubungan itu tidak penting pada masa akan datang.
iii. Pihak yang satu lagi bukan orang baik-baik dan tak boleh
dipercayai.
iv. Kita tidak perlukan orang itu pada masa depan.
v. Menyelesaikan punca konflik itu lebih penting daripada menjaga
perhubungan yang ada.


10.9 Langkah 9 - Bagaimana hendak membentangkan isu pada orang tidak
siuman tersebut?
(How will I present issues to other party?)
Dalam situasi ini, kaedah yang dipergunakan adalah dengan menggunakan kuasa untuk mempengaruhi dan menundukkan pihak lawan seperti tindakan undang-undang serta hukuman. Pujukan juga digunakan untuk mententeramkan perasaan orang tidak siuman tersebut. Menegaskan kepadaorang tidak siuman bahawa memegang pelajar sebagai tebusan tidak akan menguntungkan tetapi sebaliknya akan merumitkan dan menyusahkan kedudukannya dalam aspek undang-undang.




10.10 Langkah 10 - Peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjalankan perundingan
(What protocol need to be followed in this negotiation?)
i. Masa
Dalam setengah jam pertama memastikan orang kurang siuman diberikan ketenangan dengan perundingan yang telah dirancangkan. Satu jam berikutnya, masalah orang kurang siuman ini perlu diselesaikan. Jika tidak dapat diselesaikan, barulah dilaporkan kepada pihak yang berkaitan seperti Polis, Hospital dan pihak Bomba.

ii. Tempat
Keadaan begini tidak membenarkan sekolah memilih tempat kejadian, oleh itu pihak sekolah hanya boleh memastikan tempat kejadian dikuarantinkan, dan bebas daripada objek-objek yang boleh dijadikan senjata dalam situasi genting ini.

iii. Agenda
Secara impromptu. Bergantung kepada situasi.

iv. Wakil Perunding Berpengalaman
Memberikan tugas kepada warga sekolah yang berpengalaman seperti Guru Kaunseling atau guru lelaki yang berani menghadapi situasi sebegini rupa.

v. Senarai Semak Pelaksanaan Perundingan (Check List)
Guru Besar/Guru Kaunseling/Guru Berani (Berpengalaman)
• Membina kepercayaan dan keyakinan (Create trust and confidence)
• Mencungkil untuk memperolehi lebih maklumat / perincian mengenai pihak lawan.(Probe for more details / information gathering)
• Menetapkan masalah dari perincian / data yang diperolehi kemudian mendapatkan bantuan professional. (Problem established from information then seek professional assistance)
• Sentiasa menenangkan emosi serta kekalkan kawalan terhadap situasi. (Stay cool and in control)
• Perhatikan “body language” pihak lawan samada “open posture” atau “closed posture”.
• Open Postures – Tanda kerelaan oleh pihak lawan untuk mendengar dan berbincang.
• Closed Postures – Tanda sikap negatif serta ketidak relaan untuk berunding atau berubah pandangan atau pendapat.
• Berpura-pura mengikut pendapat dan situasi pihak lawan supaya tidak menimbulkan kemarahan pihak lawan.
• Jangan membangkitkan penipuan pihak lawan kerana ia akan mengakibatkan perkara yang serius terhadap perhubungan serta kepercayaan yang telah dibena setakat perundingan.
• Sentiasa bersedia dan berawas supaya tidak terperangkap kepada pihak lawan. (Don’t be caught off guard).
• Perihatin terhadap ”outburst” (peletusan pihak lawan.)
• Bertanyakan persoalan-persoalan yang sesuai.
• Sentiasa memberi perhatian terhadap apa yang telah disebut atau jawapan-jawapan pihak lawan.
• Kenal pasti apa yang memotivasikan pihak lawan dan beri tumpuan kepada keperluannya dan bukan apa kehendaknya/keinginannya.
• Memek muka dalam keadaan tenang dan mesra.
• Berkomunikasi pada tahap mental yang sebaya dengan pihak lawan.
• Sentiasa ingat tentang prioriti utama iaitu keselamatan pelajar.
• Perhatikan kasut yang dipakai sama ada bersesuaian dengan situasi kecemasan.

vi. Sebelah Pihak (Orang kurang siuman)
a. Adakah memegang senjata?
b. Adakah dia berada dalam situasi “agitated” (agitasi).
c. Adakah dia menjerit-jerit.
d. Adakah dia kelihatan penat.
e. Mengidentifikasikan satu bahasa/dialek yang mudah difahami olehnya.
f. Memastikan dia tidak berdiri/berada di tempat yang tidak merbahaya seperti kaki lima dan sebagainya.
g. Kenal pasti status sosialnya
h. Kenal pasti justifikasi tindakannya.
i. Dapatkan data dan maklumat lampaunya (past history).

vii. Keadaan
a) Adakah ia dalam keadaan “volatile”?
b) Adakah tempat kejadian membahayakan pelajar dan orang kurang siuman itu?





11.0 Kesimpulan

Leigh Thompson dan Reid Hastie mencadangkan bahawa persepsi perunding dan pertimbangan mereka mempunyai pengaruh penting ke atas pertimbangan keputusan yang diambil oleh mereka tentang diri sendiri, pihak yang lain, kemudahan kedua-dua pihak, tawaran diri dan tawaran pihak lawan, outcome perundingan dan proses rundingan secara keseluruhan. Dengan adanya strategi yang telah diaplikasikan di atas, ianya membolehkan proses perundingan dengan orang kurang siuman tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan. Namun sekiranya rundingan yang dilakukan tidak memberikan kesan yang positif, maka alternatif yang digunapakai ialah melaporkan kepada pihak yang berpatutan untuk menyelesaikannya. Perundingan berlaku apabila dua pihak sedang berusaha untuk mencari satu penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak. Itulah yang dinamakan perundingan.

Sewaktu perundingan, perunding perlu menyakinkan pihak lain dengan menawarkan sesuatu yang bernilai dan berpatutan mengikut kemampuan perunding. Perunding juga perlu memberi kepercayaan pihak lain bahawa konsesi mereka tidaklah begitu tinggi nilainya seperti yang mereka fikirkan. Jesteru itu kandung mesej yang hendak disampaikan menyakinkan dan berjaya mempengaruhi dan memujuk seseorang itu menerima sebarang tawaran, lebih-lebih lagi dalam kecemasan seperti mana yang berlaku kes di atas. Perunding perlu bijak bitara serta kreatif di dalam berunding demi keselamatan kedua-dua pihak.



Bibliografi
Ainon Mohd (2003). Psikologi Kejayaan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Baden Eunsen (1994). Negotiation Skills. Victoria Australia: Australian Print Group.

Tan Joo Sing & Lim Ngah (2002). Strategi Negotiation Across Cultures. Singapore: An Asian Publiction.

http://en.wikipedia.org

PENYELIAAN PENGAJARAN BERKESAN

Pendahuluan
Penyeliaan adalah fungsi pengurusan yang penting ke arah penambahbaikan pendidikan pada peringkat instruksional di sekolah dan juga di peringkat pentadbiran di Jabatan Pendidikan. Penyeliaan adalah satu aspek yang mustahak dalam sesuatu aktiviti perancangan dan pelaksanaan. Dalam konteks sekolah, penyeliaan boleh dijalankan di beberapa peringkat, misalnya: penyeliaan disiplin murid, tenaga pengajar, penyeliaan bilik darjah, penyeliaan staf, penyeliaan kurikulum dan lain lain.
Penyeliaan dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibezakan dari memeriksa dan penilaian. Maksud penyeliaan bukanlah hendak menilai dengan erti kata membuat "rating" atau memberi markah dengan menggunakan instrumen-instrumen tertentu. Penyeliaan juga bukan sekadar memeriksa supaya segala aktiviti berjalan atau tidak. Konsepnya adalah lebih daripada itu. Tujuan utama penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Semasa melaksanakan penyeliaan sudah tentu instrumen-instrumen tertentu diperlukan untuk memastikan proses pengajaran dan pengajaran mengikut prosedur.

Definisi penyeliaan
Menurut Kamus Dewan Bahasa (1993), 'mencerap' dimaksudkan sebagai memperhatikan, Oxford Dictionary (2000), menyatakan 'observation' dimaksudkan dengan perbuatan memerhati atau, perakaman maklumat yang terkumpul. Rahimah Hj. Ahmad mendefinisikan 'penyeliaan' sebagai " segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha unluk memastikan segala tugas dalam satu satu organisasi berjalan lancar dan menepali objektifnya". Glatthorn (1984), 'supervision' ialah "a process designed to improve instruction by conforming with the teacher or lesson planning, observing the lesson, analyzing the observation, elate and giving the teacher feedback, about the observation". Beliau juga menyatakan bahawa penyeliaan pengajaran adalah: "a process of facilitating the professional growth of a teacher, primarily by giving the teacher feedback about classroom instructions and helping the teachers make use of that feedback in order to make teaching more effective..... Smyth (1991) menyatakan penyeliaan sebagal "a process of persuing or scanning a text for errors or deviations from the original text”..
Penyeliaan telah diberi beberapa fungsi oleh para pendidik dan antara lain ialah memerhati, mengendali, membimbing, memuji, menegur, menyelenggara, membaiki, menilai, dan merunding Menurut Al Ramaiah (1999) penyeliaan didefinisikan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras, dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya guru-guru lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran.
Mohd Salleh Lebar (2000) pula menjelaskan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir kerana penyeliaan adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah.
Mosher & Purpel (1972) dalam Mohd Salleh Lebar (2000) mengatakan bahawa penyeliaan ialah untuk mengajar guru bagaimana mengajar dan kepimpinan profesional dalam pembentukan pendidikan masyarakat umum dan lebih khusus lagi dalam penggubalan kurikulum, pengajaran dan bentuk pendidikan.
Sementara itu, Edgar Stones (1984) menjelaskan bahawa penyeliaan memerlukan pandangan mata (eyesight) yang tajam untuk melihat apa yang berlaku di dalam bilik darjah, wawasan (insight) untuk memahami kesignifikan apa yang berlaku, pengalaman lalu (hindsight) untuk melihat apa yang sepatutnya dan tidak sepatutnya berlaku dan penglihatan kedua untuk mengetahui bagaimana mendapatkan apa yang sepatutnya dan tidak sepatutnya berlaku di masa akan datang.

Tujuan Penyeliaan
Penyeliaan haruslah membawa perubahan positif atau pembangunan diri dan profesional dan pembaharuan diri pada guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya, dan seterusnya pembelajaran murid murid. Ia tidak seharusnya merupakan satu kerja untuk memenuhi kehendak pihak atasan atau kehendak/arahan luar. Aspek pembangunan diri dan profesional./self renewal meliputi:
o sense of purpose (komitmen. motivasi dan hala tuju)
o persepsi guru mengenai murid
o pengetahuan mengenai kandungan mata pelajaran
o penguasaan teknik dan kemahiran mengajar
Dengan erti kata yang luas, penyeliaan bererti segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha untuk memastikan segala tugas dalam satu satu organisasi berjalan dengan lancar dan menepati objektifnya. Dalam pengertian yang tradisional ia mengandungi unsur 'kawalan' ke atas staf atau guru. Penyeliaan pengajaran pembelajaran juga bertujuan mencari pemahaman dan jawapan kepada:
o apa sebenarnya berlaku dalam bilik darjah?
o apa guru dan murid sebenarnya lakukan?
o apa sebenarnya hasil pembelajaran?
o apa sepatutnya berlaku dalam situasi bilik darjah apabila diambil kira matlamat agenda pendidikan dan pengetahuan mengenai cara murid belajar dan memahami struktur kandungan yang hendak diajar?
o apa makna, sebenar proses (kejadian) dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan pelajar?
o apa makna peribadi yang dibina oleh pelajar tanpa mengira apa maksud guru?
o bagaimana pentafsiran pengurus dan guru mengenai pengajaran berbeda?
o apa patut dilakukan untuk menghasilkan pemahaman mengenai pengajaran dan pembelajaran dan menghasilkan pembelajaran kepada guru dan pengurus?


Proses penyeliaan akan dapat;
o Membantu guru meningkatkan mutu pelajaran supaya pengajaran bertambah berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
o Mempastikan kurikulum rasmi dilaksankan di bilik darjah seperti yang dikehendaki.
o Melihat dengan lebih dekat lagi dengan sebenar apa yang berlaku didalam bilik darjah agar kelemahan kelemahan dapat diperbaiki dan amalan amalan yang baik dapat dikukuhkan.
o Memberi motivasi kepada guru apabila pengurusnya mengambil tahu tentang pengajaranya.
o Memberi maklumbalas kepada guru tentang status quo pengajarnya.
o Menilai prestasi/kemahiran mengajar guru.


Bentuk-Bentuk Penyeliaan
Terdapat beberapa bentuk penyeliaaan yang sentiasa di amalkan oleh seserang pengurus iaitu:
o Penyeliaan umum/Pentadbiran/maintenance
o Penyeliaan klinikal
o Person-to-person relationship
o Teacher pre-conference
o Classroom observation of teacher
o Analysis and interpretation of what is observed
o Teacher post-conference
o A critique of the four steps (i- iv)
 (Morris Cogen, p. 201)
o Penyeliaan berbeza (Differentiated)
o Penyeliaan rakan sejawat
o Penyeliaan informal (secara tidak berstruktur, kerap, ringkas, dan permerhatian informal)
o Penyeliaan pandu kendiri
o Penyeliaan berasaskan inkuiri
Proses Penyeliaan
Penyelian merupakan suatu proses pengurusan. Jika seseorang Guru Besar memahami proses tersebut maka beliau perlulah;
a) Merancang dan melaksanakan
(i) Merancang untuk meningkatkan prestasi guru
(ii) Faedah kepada guru dan murid
(iii) Perancangan diikuti pelaksanaan dan tindakan susulan
b) Memimpin dan mengawal
(i) Sebagai penasihat, pembimbing dan penggalak
(ii) Mengawal supaya tidak keluar daripada sasaran
(iii) Mengenakan peraturan tertentu
c) Menganalisa dan menilai
(i) Memisahkan bahagian yang terlibat dalam proses pengajaran
(ii) Berbicang untuk mencapai persetujuan bersama
(iii) Maklumat dikumpul dan sejauh mana ia menepati norma-norma yang
ditetapkan.


Penyeliaan Klinikal
Penyeliaan pengajaran telah wujud sejak lahirnya system pelajaran yang meluas. Berbagai bentuk penyeliaan telah diamalkan, berasaskan andaian-andaian tertentu. Penyeliaan klinikal yang diutarakan oleh Garman, memusatkan kepada cara penyeliaan berasaskan satu rangka rujukan untuk menjalankan penyeliaan dan pendekatan yang berpusat kepada “rawatan” sesuatu yang yang perlu diperbaiki ataupun mempertingkan sesuatu yang sudah baik.
Perkembangan penyeliaan klinikal bermula dalam tahun 1970an, dengan penulisan dan amalan Cogan (1973) dan Goldhammer (1969) Mereka mula-mula mengutarakan idea bahawa pengajaran guru boleh dipertingkatkan dengan bantuan penyeliaan melalui kegiatan-kegiatan terancang, iaitu dirancang khusus untuk “merawat” kelemahan-kelemahan dalam pengajaran guru yang telah dikenalpasti setelah mereka diperhatikan semasa menjalankan pengajaran mereka.Ianya boleh dikatakan sebagai proses pembetulan. Fokus penyelian klinikal ialah kepada teknik pengajaran dan tidak secara langsung kepada pengurusan sekolah. Titik permulaan proses ialah data yang konkrit yang didapati melalui pemerhatian semasa guru benar-benar menjalankan pengajaran dan bukannya teori tentang apa yang sepatutnya dijalankan.
Dapat disimpulkan bahawa penyeliaan klinikal adalah satu program khusus yang dirancang dan berkisar di sekitar perbincangan antara Guru Besar dan guru berkenaan berasaskan kepada pemerhatian yang dijalankan dan maklumbalas disampaikan kepada guru mengenai kekuatan dan kelemahan pengajaran yang telah mereka dijalankan.Diharapkan jika ianya kekuatan ianya dapat diteruskan dan jika ianya kelemahan ianya harus segera diperbaiki atau dipertingkatkan. Program penyeliaan klinikal mengambil rupabenruk satu putaran kegiatan seperti mana yang diperkenalkan oleh Cogan (1973) dan Goldhammer (1969) dalam kertas kerja Dr. Rahimah Haji Ahmad (1986) mengatakan ianya terdiri dari lapan langkah.
Langkah 1 Perkenalan.
Langkah ini memulakan hubungan antara penyelia dan guru berkenaan. Pertemuan ini dirancang untuk mengurangkan keraguan di antara penyelia dan guru, dan menjelaskan rol serta fungsi hubungan yang diperlukan dengan cara memahami tujuan-tujuan dan erti penyeliaan klinikal itu.
Langkah 2: Perancangan Pelajaran.
Penyelia bersama guru merancang pelajaran yang akan diperhatikan, iaitu menetapkan objektif, menyenaraikan langkah-langkah pengajaran serta hasil yang diharapkan, baik dari segi pembelajaran murid mahupun kemahiran guru. Perancangan ini meliputi juga strategi pengajaran yang akan dijalankan oleh guru.
Langkah 3. Perancangan Pemerhatian.
Guru dan penyelia merancang strategi pemerhatian yang hendak dijalankan. Ini meliputi kegiatan-kegiatan yang akan difokuskan, teknik pengajaran dan sebagainya, juga bagaimana pemerhatian itu akan direkod ataupun bagaimana data akan dikutip.
Langkah 4. Pemerhatian.
Langkah ini amat penting. Penyelia menjalankan pemerhatian terhadap guru yang menjalankan pengajarannya dengan menggunakan segala yang dipersetujui dalam langkah 2 dan 3 tadi sebagai kayu pengukur.

Langkah 5. Analisis.
Penyelia dan guru samaada secara bersama atau bersendirian, menganalisa semua “events” dalam pengajaran yang terlibat. Tujuan langkah ini ialah menetapkan pola-pola tingkahlakun guru semasa menjalankan pengajaran serta juga melihat “events” yang bermakna dalam pengajaran.
Langkah 1
Perkenalan
Langkah 8 : Penilaian dan Langkah 2 : Perancangan
Perancangan Semula Pelajaran

Langkah 7: Perbincangan Langkah 3: Perancangan Dan Maklumbalas Pemerhatian

Langkah 6: Perancangan Langkah 4 :
Strategi Perbincngan Pemerhatian
Langkah 5 :
Analisis
Rajah Putaran Kegiataan Penyeliaan Klinikal oleh Cogan (1973) dan Goldhammer (1969)
Langkah 6. Perancangan Strategi Perbincangan. Langkah ini biasanya melibatkan penyelia merancang tarikh perbincangan dan apakah hendak dibincangkan mengenai pengajaran yang diperhatikan, seperti objektif dan proses perbincangan itu. Langkah ini akan menetapkan persetujuan mengenai strategi perbincangan dan mempengaruhi corak hubungan. Langkah ini juga menentukan tahap persefahaman yang dapat dihasilkan semasa perbincangan nanti.
Langkah 7. Perbincangan dan Maklum balas. Kebiasaannya penyelia dan guru bersama menganggap diri masing-masing sebagai peserta menganalisa proses pengajaran-pembelajaran yang telah diperhatikan dalam Langkah 4. Di sini apa yang berlaku ialah penentuan kelemehan dan kekuatan dan kedua-dua pihak mendapat maklumbalas dan diharapkan memahami di antara satu sama lain.
Langkah 8. Penilaian dan Perancangan Semula. Setelah penyelia dan guru menetapkan apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan perubahan yang perlu dibuat. Memulakan putaran baru dengan objektif baru dan pengubahsuaian yang diperlukan.
Secara kasar dapat dikatakan putaran penyeliaan klinikal ini mempunyai tiga fasa yang utama, berfokuskan pemerhatian yang menjadi bahan perbincangan iaitu fasa yang terpenting, fasa sebelum pemerhatian, fasa semasa pemerhatian dan fasa selepas pemerhatian.
Hubungan Penyeliaan dengan Penilaian Guru
Kebanyakan Guru Besar kurang membuat penyeliaan kerana sebab-sebab tertentu. Ada kalanya kakitangan tidak pernah diselia oleh pihak Guru Besar secara formal (Mohd Salleh Lebar, 2000). Oleh itu bagi melaksanakan penyeliaan berkesan, Guru Besar perlulah memikirkan perkara-perkara berikut;
(i) Penyeliaan sepatutnya menguntungkan kepada pelajar
(ii) Penyeliaan adalah sebahagian daripada proses penilaian guru dan perlu diadakan secara berterusan
(iii) Penilaian guru boleh dilakukan berdasarkan beberapa aspek tetapi bukan berdasarkan kepada penyeliaan sahaja
(iv) Penyeliaan tidak ada skema penilaian yang formal seperti latihan mengajar tetapi bergantung kepada kebijaksanaan Guru Besar. Penyeliaan boleh menggunakan standard dan penilaian yang berkala atau bersistematik
(v) Penilaian yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan Laporan Prestasi Tahunan adalah terlampau umum dan sukar mengukur kebolehan sebenar
(vi) Dalam sistem pentadbiran pendidikan, penilaian pengajaran tidak dijalankan dengan bersungguh-sungguh walau pun pada dasarnya ia adalah sebahagian daripada tanggung jawab Guru Besar

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah
Selain daripada Guru Besar dan Pengetua, proses penyeliaan juga dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah. Dalam melaksanakan proses penyeliaan ini Jemaah Nazir Sekolah telah menetapkan satu standard kualiti penyeliaan yang dinamakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah. Garis panduan yang ditetapkan oleh Jemaah Nazir Sekolah di dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (2010) meliputi elemen-elemen yang antaranya seperti berikut;
Kepimpinan
Guru Besar menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan cara mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi, ) membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja secara berpasukan, mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan konflik dan menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir di kalangan warga sekolah. Guru Besar harus mengamalkan sistem komunikasi yang berkesan dengan mewujudkan suasana interaksi yang mesra, memberi peluang kepada warga sekolah untuk mengemukakan pendapat, meransang percambahan fikiran di kalangan warga sekolah dan membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif. Guru Besar memberi motivasi dan dorongan bagi membina dan membangunkan keyakinan serta daya maju warga sekolah secara berterusan dengan cara memberi sokongan moral dan material, menghargai setiap sumbangan dan kejayaan, membuat penilaian secara adi, menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan warga sekolah dan memberi teguran dan nasihat membina. Guru Besar berupaya membimbing semua guru untuk membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkesan dengan memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas, melatih dan memimpin, menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing, memantau dan menilai pelaksanaan tugas dan membimbing dan menasihat untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan.
Struktur Organisasi
Pengurusan sekolah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf sokongan dengan
membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungs, memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program pembangunan sekolah dan program pendidikan, menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan dan menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan
Pengurusan Maklumat
Pengurusan sekolah juga dikehendaki mengurus semua data dan maklumat penyeliaan dengan cekap dan berkesan agar data dan maklumat dikumpul secara berkesan, disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang diberikan, disimpan menggunakan teknologi yang sesuai, mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut kuasa, digunakan sebagai rujukan penambahbaikan dan selalu dikemas kini
Pengurusan Program Kurikulum
Dalam melaksanakan penyeliaan program kurikulum pengurusan sekolah seharusnya mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan yang berkesan seperti mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat setiap murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor, merancang program kurikulum dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan kumpulan sasaran, melaksana program mengikut perancangan, memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan, menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pada setiap peringkat pengurusan dan melaksanakan penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak
Pengajaran dan Pembelajaran
Garis panduan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran pula mengambil kira aspek-aspek sama ada guru telah merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut:
(i) berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas
(ii) kandungan sukatan pelajaran diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu
(iii) pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif
(iv) menghayati dan mengamalkan ilmu
(v) menggunakan bahan-bahan sokongan yang relevan dan sesuai dengan tahap pencapaian, potensi dan kemajuan murid
(vi) guru dan murid bersedia dari segi efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
(vii) mengurus bilik darjah secara efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
(viii) setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan mereka
(ix) memupuk semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan patriotisme
(x) membuat penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan
Instrumen Penyeliaan
INSTRUMEN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM) 2010

1. PENILAIAN BERDASARKAN SKALA SKOR 1 - 6:

Standard Aspek Kriteria Kritikal Skor / %
STANDARD 1:
KEPIMPINAN DAN HALA TUJU Gaya kepimpinan Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah (skor 1-6)
Penetapan dan pelaksanaan hala tuju Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan. (skor 1-6)
Kemahiran komunikasi Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat. (skor 1-6)
Kemahiran merancang Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik (pelan strategik, taktikal dan operasi) untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah. (skor 1-6)

2. PENILAIAN BERDASARKAN PURATA SKOR:
Standard Aspek Kriteria Kritikal Skor / %
STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM, SUKAN DAN HAL EHWAL MURID
3.1 KURIKULUM


Pengurusan mata pelajaran Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (purata skor)


3.2 KOKURIKULUM DAN SUKAN


Pengurusan kelab dan persatuan akademik Kelab dan Persatuan diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran di bilik darjah. (purata skor)
Pengurusan badan beruniform Badan Beruniform diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan perwatakan murid dari segi fizikal, mental dan emosi. (purata skor)
Pengurusan program sukan untuk semua Program sukan untuk semua diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pengetahuan , kemahiran dan pembangunan sahsiah murid. (purata skor)


STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Penglibatan murid dalam pembelajaran Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan (purata skor)
Penguasaan pembelajaran murid Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang ditetapkan (purata skor)
Hasil kerja murid Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran (purata skor)
Perancangan dan persediaan guru Perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran (purata skor)
Kaedah penyampaian Kaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian objektif pelajaran (purata skor)
Kemahiran komunikasi Komunikasi yang berkesan memudah dan mempercepat pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid. (purata skor)

3. PENILAIAN BERDASARKAN PERATUS:

Standard Aspek Kriteria Kritikal Skor / %
STANDARD 5 : KEMENJADIAN MURID
KEMENJADIAN MURID SEKOLAH RENDAH (PKS)
Pencapaian murid sekolah rendah dalam PKS Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini
%



Pencapaian murid sekolah rendah dalam PKS GPS dinyatakan dalam bentuk peratus bagi PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini %

DESKRIPSI SKOR
SKPM 2010
Aspek 4.4 Perancangan dan Persediaan Guru
Kriteria Kritikal Perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran.
SKOR DESKRIPSI SKOR
SKOR 6 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pencapaian murid. Kesungguhan guru untuk memastikan murid menguasai pelajaran sangat menyerlah.
SKOR 5 • Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (standard kurikulum) terkini, sesuai dengan takwim persekolahan, potensi murid dan kemudahan sumber.

• Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran.

• Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran

• Refleksi P&P digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang seterusnya.
SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.
SKOR 3 • RPT yang disediakan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (standard kurikulum) terkini.

• RPH yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan. Aktiviti dirancang untuk mencapai objektif pelajaran.

• Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran.
SKOR 2 Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3
SKOR 1 • RPT tidak disediakan atau tidak lengkap.
• RPH tidak disediakan atau tidak lengkap.

DESKRIPSI SKOR SKPM 2010
STANDARD 4 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Aspek 4.1 Penglibatan Murid
Kriteria Kritikal
Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

SKOR DESKRIPSI SKOR
SKOR 6 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 dipenuhi. Terdapat unsur kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pembelajaran murid.
SKOR 5 • Hampir keseluruhan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan/memberi respons terhadap soalan guru/membuat catatan/ membuat gerakan fizikal atau arahan lain guru.

• Hampir keseluruhan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan.

• Hampir keseluruhan murid sentiasa memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.
SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang nyata tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.
SKOR 3 • Kebanyakan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti terlibat dalam perbincangan/memberi respon terhadap soalan guru/membuat catatan/membuat gerakan fizikal atau arahan lain guru.

• Kebanyakan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan.

• Kebanyakan murid sentiasa memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.
SKOR 2 Terdapat sedikit kekuatan tetapi masih banyak kelemahan yang nyata dan belum mencapai deskripsi skor 3
SKOR 1 • Sangat sedikit murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti terlibat dalam perbincangan/memberi respon terhadap soalan guru/membuat catatan/membuat gerakan fizikal atau arahan lain guru.

• Sangat sedikit murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan.

• Sangat sedikit murid memberi tumpuan terhadap pelajaran sepanjang waktu pembelajaran.
SOALAN BENGKEL: PENGIRAAN SKOR STANDARD (STANDARD 1)

NO.
ASPEK
ASPEK KRITERIA KRITIKAL SKOR
SKOR 1 - 6
1.1 Gaya kepimpinan kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah 5
1.2 Penetapan dan pelaksanaan hala tuju Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan. 4
1.3 Kemahiran komunikasi Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat. 5
1.4 Kemahiran merancang Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik (pelan strategik, taktikal dan operasi) untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah. 4
1.5 Kemahiran memotivasi dan menggerakkan warga sekolah Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja.
5
1.6 Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah. 4
1.7 Kepimpinan instruksional Kepimpinan sekolah menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar 4
1.8 perkongsian kepimpinan Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah. 4
Jumlah Skor Diperoleh 35

Skor Min 4.38
Peratus Pencapaian 67.60%
Taraf Pencapaian Harapan
Peratus Pencapaian Menurut Wajaran (10%) 6.76%
Pengiraan skor Standard 1 berdasarkan formula:
Jumlah Skor diperoleh = 35
Skor Min
= Jumlah Skor = 35 = 4.38
Bilangan Aspek 8
Peratus Pencapaian = (x-1) x 100% (x = min skor standard; y = skor maksimum)
(y-1)
= (4.38 – 1) x 100%
(6 – 1
= 3.38 x 100% = 67.60%
5
Peratus pencapaian menurut wajaran (10%) = 67.60 x 10% = 6.76%
KAEDAH MENGIRA SKOR ASPEK
Contoh Pengiraan Skor Min bagi Aspek 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran

Bil.
Panitia Mata Pelajaran Skor
1 Bahasa Malaysia 4
2 Bahasa Inggeris 5
3 Matematik 4
4 Sains 5
5 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 3
6 Pendidikan Islam 4
7 Pendidikan Seni Visual 3
8 Kajian Tempatan 5
9 Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 6
10 Pendidikan Muzik 4
Jumlah Skor 43

Skor Min Aspek = Jumlah Skor___
Bilangan Panitia
= 43
10
= 4.30

SOALAN BENGKEL: KAEDAH MENGIRA SKOR ASPEK

1. Kirakan Skor Min bagi Aspek 3.1.2: Pengurusan Mata Pelajaran.
Bil. Panitia Mata Pelajaran Skor
1 Bahasa Malaysia 5
2 Bahasa Inggeris 5
3 Matematik 4
4 Sains 5
5 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 3
6 Pendidikan Islam 4
7 Pendidikan Seni Visual 4
8 Kajian Tempatan 5
9 Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 5
10 Pendidikan Muzik 4
Jumlah Skor 44



Skor Min Aspek = Jumlah Skor___
Bilangan Panitia
= 44
10
= 4.40


KAEDAH MENGIRA SKOR ASPEK

Contoh Pengiraan Skor Min Bagi Aspek 3.2.3: Pengurusan Badan Beruniform

Bil. Unit Badan Beruniform Skor
1 Persatuan Bulan Sabit Merah 4
2 Pengakap 5
3 Kadet Remaja Sekolah 4
4 Kadet Polis 5
5 Kadet Bomba 3
6 Puteri Islam 6
7 Pandu Puteri 4
Jumlah Skor 31


Skor min = Jumlah Skor
Bilangan Unit
= 31
7

= 4.43


SOALAN BENGKEL: KAEDAH MENGIRA SKOR ASPEK
1. Kirakan Skor Min Bagi Aspek 3.2.3: Pengurusan Badan Beruniform
Bil. Unit Badan Beruniform Skor
1 Persatuan Bulan Sabit Merah 5
2 Pengakap 5
3 Kadet Remaja Sekolah 3
4 Kadet Polis 5
5 Kadet Bomba 3
6 Puteri Islam 5
Jumlah Skor 26



Skor min = Jumlah Skor
Bilangan Unit
= 26
6
= 4.33



KAEDAH MENGIRA SKOR ASPEK
• Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran
Nama Guru
No. Aspek Skor Aspek
4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12
Guru 1 4 3 4 5 5 4 5 3 3 4 2 4
Guru 2 2 3 5 5 4 2 3 3 3 4 4 3
Guru 3 5 6 5 4 5 6 4 4 4 5 5 4
Guru 4 4 3 4 5 5 4 3 3 3 4 4 3
Guru 5 3 3 4 2 4 3 3 3 4 2 4 3
Guru 6 2 3 2 2 1 3 2 1 1 2 2 3
Guru 7 3 3 4 4 4 4 3 4 5 5 4 4
Guru 8 4 5 5 5 6 5 5 4 5 6 6 6
Guru 9 4 3 4 5 5 4 4 3 3 4 2 3
Jumlah Skor Aspek 31 32 37 37 39 35 32 28 31 36 33 33
Skor Min Aspek 3.44 3.56 4.11 4.11 4.33 3.89 3.56 3.11 3.44 4.00 3.67 3.67
Jumlah Keseluruhan Skor Min Aspek 44.89

Skor Min Standard 3.74
Peratus Pencapaian 54.80%
Taraf Pencapaian Memuaskan
Peratus Pencapaian Menurut Wajaran (20%) 10.96%
Panduan Pengiraan Skor :
a. Jumlah Skor Aspek dikira dengan menjumlahkan Skor Aspek bagi setiap guru;
( G1+G2+G3+ .... + G9) = 31
b. Purata Skor Min Aspek dikira dengan membahagikan Jumlah Skor Aspek dengan Bilangan Guru yang dicerap;
= ( G1+G2+G3+ .... + G9 )
N
= 31 = 3.44
9

c. Jumlah Purata Skor diperoleh dengan menjumlahkan kesemua Purata Skor Aspek
Purata Skor Aspek (3.44+3.56+....3.67) = 44.89

d. Skor Min Standard dikira secara membahagikan Jumlah Purata Skor dengan Jumlah Aspek;
= 44.89 = 3.74
12

e. Peratus Skor Standard dikira secara membahagikan Skor Min Standard dengan Skor Tertinggi dan didarab dengan 100.

Skor Min Standard-1 X 100
Skor Maksimum-1
= 3.74-1 X 100
6-1
= 2.74 x 100 = 54.80%

5
Peratus pencapaian menurut wajaran (20%) = 54.80 x 20% = 10.96%

SOALAN BENGKEL: PENGIRAAN SKOR ASPEK BAGI STANDARD 4:
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Nama Guru
No. Aspek Skor Aspek
4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12
Guru 1 4 3 4 5 5 4 5 3 3 4 2 4
Guru 2 2 3 5 5 4 2 3 3 3 4 4 3
Guru 3 5 6 5 4 5 6 4 4 4 5 5 4
Guru 4 4 3 4 5 5 4 3 3 3 4 4 3
Guru 5 3 3 4 2 4 3 3 3 4 2 4 3
Guru 6 2 3 2 2 1 3 2 1 1 2 2 3
Jumlah Skor Aspek 20
21
24
23
24
22
20
17
18
21
21
20

Skor Min Aspek 3.33 3.50 4.00 3.83 4.00 3.67 3.33 2.83 3.00 3.50 3.50 3.33
Jumlah Keseluruhan Skor Min Aspek 41.82
Skor Min Standard 3.49
Peratus Pencapaian 49.80%
Taraf Pencapaian Memuaskan
Peratus Pencapaian Menurut Wajaran (20%) 7.47%

Pengiraan Skor:
f. Jumlah Skor Aspek dikira dengan menjumlahkan Skor Aspek bagi setiap guru;
( G1+G2+G3+ .... + G6) = 20

g. Purata Skor Aspek dikira dengan membahagikan Jumlah Skor Aspek dengan Bilangan Guru yang dicerap;
= ( G1+G2+G3+ .... + G6)
N
= 20 = 3.33
6

h. Jumlah Purata Skor diperoleh dengan menjumlahkan kesemua Purata Skor Aspek
Purata Skor Aspek (3.33+3.50+....3.33) = 41.82

i. Skor Min Standard dikira secara membahagikan Jumlah Purata Skor dengan Jumlah Aspek;
= 41.82 = 3.49
12

j. Peratus Skor Standard dikira secara membahagikan Skor Min Standard dengan Skor Tertinggi dan didarab dengan 100.

Skor Min Standard-1 X 100
Skor Maksimum-1
= 3.49 - 1 X 100
6-1
= 2.49 x 100 = 49.80%
5

Peratus pencapaian menurut wajaran (20%) = 49.80 x 20% = 9.96%

INSTRUMEN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA 2010

STANDARD 5 : KEMENJADIAN MURID
5.1 KEMENJADIAN MURID PRASEKOLAH
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
peratus wajaran
a Penguasaan tunjang komunikasi Peratus murid yang menguasai tunjang komunikasi
%

b Penguasaan tunjang kerohanian,sikap dan nilai
Peratus murid yang menguasai tunjang kerohanian, sikap dan nilai
%
c Penguasaan tunjang sains dan teknologi Peratus murid menguasai kemahiran tunjang sains dan teknologi %
d Penguasaan tunjang kemanusiaan Peratus murid menguasai kemahiran tunjang kemanusiaan %
e Penguasaan tunjang fizikal dan estetika Peratus murid menguasai kemahiran tunjang fizikal dan estetika %
f Penguasaan tunjang ketrampilan diri Peratus murid menguasai kemahiran tunjang ketrampilan diri %
5.2 KEMENJADIAN MURID BERKEPERLUAN KHAS
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
peratus wajaran
5.2 Pencapaian matlamat tahunan murid berkeperluan khas Peratus murid mencapai matlamat tahunan individu yang ditetapkan %
5.3 KEMENJADIAN AKADEMIK MURID KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
5.3.1 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH RENDAH (PKS) peratus wajaran
a Pencapaian murid sekolah rendah dalam PKS Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini
%

b Pencapaian murid sekolah rendah dalam PKS Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini (skor 1-6)
c Pencapaian murid sekolah rendah dalam PKS GPS dinyatakan dalam bentuk peratus bagi PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini %
5.3 KEMENJADIAN AKADEMIK MURID KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
5.3.2 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH RENDAH (UPSR) peratus wajaran
a Pencapaian murid dalam UPSR Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran UPSR terkini %
b Pencapaian murid dalam UPSR Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran UPSR terkini (skor 1-6)
c Pencapaian murid dalam UPSR GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam UPSR terkini %
5.3.3 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH MENENGAH (PKS TINGKATAN PERALIHAN -TINGKATAN 3, TING 4-5, TING 6)
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
peratus wajaran
a Pencapaian murid sekolah menengah (ting.peralihan hingga ting.3) dalam PKS Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini
%

b Pencapaian murid sekolah menengah (ting.peralihan hingga ting.3) dalam PKS Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini (skor 1-6)
c Pencapaian murid sekolah menengah (ting.peralihan hingga ting.3) dalam PKS GPS dinyatakan dalam bentuk peratus bagi PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini %
d Pencapaian murid sekolah menengah (tingkatan 4 dan 5) dalam PKS Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini %
e Pencapaian murid sekolah menengah (tingkatan 4 dan 5) dalam PKS Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini (skor 1-6)
f Pencapaian murid sekolah menengah (tingkatan 4 dan 5) dalam PKS GPS dinyatakan dalam bentuk peratus bagi PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini %
g Kemenjadian murid sekolah menengah (tingkatan 6) dalam PKS Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran PKS terkini %
h Kemenjadian murid sekolah menengah (tingkatan 6) dalam PKS Peratus murid mendapat Gred A (A, A-) dalam semua mata pelajaran PKS terkini (skor 1-6)
i Kemenjadian murid sekolah menengah (tingkatan 6) dalam PKS PNGK dinyatakan dalam bentuk peratus dalam PKS terkini %
5.3.4 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH MENENGAH (PMR, SPM, STPM DAN STAM)
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
a Pencapaian murid sekolah menengah dalam PMR Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred D dalam semua mata pelajaran PMR terkini %
b Pencapaian murid sekolah menengah dalam PMR Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PMR terkini (skor 1-6)
c Pencapaian murid sekolah menengah dalam PMR GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam PMR terkini %
d Pencapaian murid sekolah menengah dalam SPM Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam semua mata pelajaran SPM terkini %
e Pencapaian murid sekolah menengah dalam SPM Peratus murid mendapat Gred A (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran SPM terkini (skor 1-6)
f Pencapaian murid sekolah menengah dalam SPM GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam SPM terkini %
g Pencapaian murid sekolah menengah dalam STPM Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran STPM terkini %
h Pencapaian murid sekolah menengah dalam STPM Peratus murid mendapat Gred A (A, A-) dalam semua mata pelajaran STPM terkini (skor 1-6)
i Pencapaian murid sekolah menengah dalam STPM PNG dinyatakan dalam bentuk peratus dalam STPM terkini %
j Pencapaian murid sekolah menengah dalam STAM Peratus murid mendapat sekurang-kurangnya keputusan Maqbul (lulus) dalam STAM terkini %
k Pencapaian murid sekolah menengah dalam STAM Peratus murid mendapat keputusan Mumtaz (cemerlang) dalam STAM terkini (skor 1-6)
5.4 KEMENJADIAN MURID DALAM KOKURIKULUM DAN SUKAN
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Pencapaian
Peratus Wajaran
a Pencapaian murid dalam kelab dan persatuan Peratus murid memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam kelab dan persatuan %
b Pencapaian murid dalam kelab dan persatuan Peratus murid memperoleh Gred A dalam kelab dan persatuan (skor 1-6)
c Pencapaian murid dalam kelab dan persatuan GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam kelab dan persatuan (dalam bentuk peratus) %
d Pencapaian murid dalam badan beruniform Peratus murid memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam badan beruniform %
e Pencapaian murid dalam badan beruniform Peratus murid memperoleh Gred A dalam badan beruniform (skor 1-6)
f Pencapaian murid dalam badan beruniform GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam badan beruniform (dalam bentuk peratus) %
g Pencapaian murid dalam sukan dan permainan Peratus murid memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam sukan dan permainan %
h Pencapaian murid dalam sukan dan permainan Peratus murid memperoleh Gred A dalam sukan dan permainan (skor 1-6)
i Pencapaian murid dalam sukan dan permainan GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam sukan dan permainan (dalam bentuk peratus) %
j Pencapaian murid keseluruhan dalam kokurikulum dan sukan Peratus murid memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam semua komponen kokurikulum dan sukan %
k Pencapaian murid keseluruhan dalam kokurikulum dan sukan Peratus murid memperoleh Gred A dalam semua komponen kokurikulum dan sukan (skor 1-6)
l Pencapaian murid keseluruhan dalam kokurikulum dan sukan GPS dalam semua komponen kokurikulum dan sukan (dalam bentuk peratus) %
5.5 KEMENJADIAN SAHSIAH MURID
NO.
ASPEK ASPEK KRITERIA KRITIKAL Skor 1-6
a Sikap dan perlakuan positif Murid memperlihatkan sikap dan tingkah laku positif
(skor 1-6)
b Disiplin murid Peratus murid yang terlibat dalam kes salah laku (kes ringan) pada tahun sebelum (skor 1-6)
c Disiplin murid Peratus murid yang terlibat dalam kes salah laku (kes sederhana) pada tahun sebelum (skor 1-6)
d Disiplin murid Peratus murid yang terlibat dalam kes salah laku (kes berat) pada tahun sebelum (skor 1-6)
e Kehadiran murid Purata peratus kehadiran murid ke sekolah (skor 1-6)

Pengiraan GPS dalam bentuk peratus bagi PKSR, UPSR, PKSM
(Peralihan hingga Tingkatan 3), dan PMR:

a. Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Nilai GPS dalam PKSR dan UPSR adalah dari 1 hingga 5.
x= GPS diperoleh

(GPS Maksimum) – (GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum – 1)

= (5 - x) X 100
4

Contoh:

GPS diperoleh ialah 2.31.
= 5 - 2.31 X 100
4
= 2.69 X 100
4

= 67.25%

b. Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 3 (PKSM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Nilai GPS dalam PKSM dan PMR adalah dari 1 hingga 5.
x = GPS diperoleh

(GPS Maksimum – GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum – 1)

= (5 - x) X 100
4

Contoh:

GPS diperoleh ialah 2.31.

5 - 2.31 X 100
4
= 2.69 X 100
4

= 67.25%


Pengiraan GPS dalam bentuk peratus bagi PKSM (Tingkatan 4 hingga 5), dan SPM:

Nilai GPS dalam PKSM (Tingkatan 4 & 5) dan SPM adalah dari 0 hingga 9.
x = GPS diperoleh

(GPS Maksimum – GPS Diperoleh) X 100
GPS Maksimum

= (9 - x) X 100
9

Contoh:

GPS diperoleh ialah 2.31.

9 - 2.31 X 100
9
= 6.69 X 100
9
= 74.33%


Pengiraan PNGK dalam bentuk peratus bagi PKSM (Tingkatan 6) dan STPM/STAM:

Nilai PNGK dalam PKSM (Tingkatan 6) dan STPM/STAM adalah dari 4 hingga 0.
x = PNGK diperoleh

PNGK Diperoleh X 100
4

= x X 100
4

Contoh:
PNGK diperoleh ialah 2.31.

2.31 X 100
4

= 57.75%

Pengiraan GPS dalam bentuk peratus bagi Bidang Kokurikulum dan Sukan

Nilai GPS dalam bidang kokurikulum dan sukan ialah 1 hingga 5

(GPS Maksimum – GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum – 1)

= (5-x) X 100
4


Contoh:
GPS diperoleh ialah 2.31.

5 - 2.31 X 100
4

= 2.69 X 100
4

= 67.25%

SOALAN BENGKEL: PENGIRAAN GPS DALAM BENTUK PERATUS
1. Kirakan GPS dalam bentuk peratus bagi Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
GPS diperoleh ialah 2.79

Nilai GPS dalam PKSR dan UPSR adalah dari 1 hingga 5.
(GPS Maksimum) – (GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum – 1)

= 5 - 2.79 X 100
4
= 2.21 X 100
4
= 55.25%



2. Kirakan GPS dalam bentuk peratus bagi PKSM (Tingkatan 4 hingga 5), dan SPM:
GPS diperoleh ialah 2.31.


Nilai GPS dalam PKSM dan SPM adalah dari 0 hingga 9.
(GPS Maksimum) – (GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum – 1)
9 - 2.31 X 100
9
= 6.69 X 100
9
= 74.33%


3. Kirakan PNGK dalam bentuk peratus bagi PKSM (Tingkatan 6) dan STPM/STAM
PNGK diperoleh ialah 3.32


Nilai PNGK dalam PKSM dan STPM/STAM adalah dari 4 hingga 0.
PNGK Diperoleh X 100
PNGK Maksimum

3.32 X 100
4
= 83.00%

4. Kirakan GPS dalam bentuk peratus bagi Bidang Kokurikulum dan Sukan

GPS diperoleh ialah 1.29


Nilai GPS dalam bidang kokurikulum dan sukan ialah 1 hingga 5.

(GPS Maksimum – GPS Diperoleh) X 100
(GPS Maksimum – 1)

5 – 1.29 X 100
4

= 3.71 X 100
4
= 92.75%

Instrumen Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Kebanyakan instrumen penyeliaan dilihat lebih berfokus kepada alat instrumen yang digunakan semasa penyeliaan seperti borang, skala, item-item, prosedur-prosedur serta elemen-elemen untuk membuat penyeliaan. Kita terlupa bahawa instrumen penyeliaan juga melibatkan satu pertalian yang kuat di antara penyelia, orang yang diselia dan, instrumen itu sendiri. Ketiga-tiga unsur di atas saling bergantungan dan akan mempengaruhi di atas satu sama lain dalam menentukan kualiti pengajaran. Kelemahan salah satu dari unsur tersebut akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.
a. Penyelia sebagai instrumen penyeliaan
Penyelia dimasukkan sebagai salah satu daripada instrumen penyeliaan kerana setiap proses penyeliaan, seorang penyelia hendaklah mengetahui prinsip-prinsip penyeliaan secara mendalam. Ini bertujuan untuk memastikan penyeliaan yang di lakukan mengikuti prinsip-prinsip penyeliaan yang sebenar serta garis panduan yang telah ditetapkan. Apa yang dimaksudkan penyelia di sini, tentulah orang yang mempunyai kuasa untuk menyelia. Pada peringkat sekolah tentulah Guru Besar yang memainkan peranan utama dalam melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru. Kementerian Pendidikan, menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 1987 dan Suratnya bil. KP(BS)8591/Jld.11 (77) yang bertarikh 11 November 1987 telah menekankan supaya Guru Besar melaksanakan penyeliaan di dalam bilik darjah secara rapi dan bersistem untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah.
Tanggungjawab utama Guru Besar adalah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses penyeliaan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh Guru Besar adalah untuk memastikan bahawa guru benar-benar dapat menjalankan tugas pengajaran secara lebih berkesan. Suatu bentuk penyeliaan yang lebih bersifat bimbingan harus sentiasa dilakukan. Penyelia yang baik akan berperanan sebagai kaunselor/enabler, fasilitator, pengurus, pemerhati, pengajar/jurulatih, penilai dan pemberi maklum balas. Guru Besar seharusnya tahu bahawa beliau juga perlu merancang, memerhati, merekod/mencatat, menganalisis, berunding, dan menjalankan aktiviti susulan. Tiap tiap peranan dan tugas yang disebutkan ini memerlukan kemahiran kemahiran teras yang tertentu pula.
Penyeliaan di peringkat sekolah lebih berbentuk kepada penyeliaan klinikal. Kemahiran terhadap bentuk serta kaedah penyeliaan ini perlu diketahui oleh Guru Besar. Penyeliaan klinikal adalah kaedah penyeliaan yang diperkenalkan oleh Cogan (1973) dan diperkembangkan oleh Goldhammer dan rakan-rakannya (1980), Cogan (1973) menyatakan bahawa “…Penyeliaan klinikal amat berguna untuk memperbaiki prestasi guru dalam bilik darjah”. Mengikut Glatthorn (1984), penyeliaan klinikal ialah “… an intensive process designed to improve instruction by conferring with the teacher on lesson planning, observing the lesson, analyzing the observational data, and giving feedback about the observation”.
Penyeliaan klinikal adalah satu program khusus yang dirancang, dan berkisar di sekitar perbincangan antara penyelia dan guru berkenaan berasaskan kepada pemerhatian yang dijalankan dan maklumbalas disampaikan kepada guru untuk memahami kelemahan ataupun gejala yang boleh diperbaiki. Penyeliaan ini hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya jika mendapat kerjasama dan persefahaman anatara kedua-dua pihak yang boleh membawa kepada perubahan positif. Pendekatan penyeliaan klinikal ini mengandungi lima tahap yang perlu diambil oleh penyelia dan guru.
a. Persidangan pra-pemerhatian.
b. Pemerhatian di bilik darjah.
c. Analisis selepas pemerhatian.
d. Perbincangan selepas pemerhatian.
e. Analisis selepas perbincangan.
Glatthorn (1984) menyarankan agar Penyelia menumpukan kepada beberapa aspek semasa melaksanakan penyeliaan di bilik darjah. Antaranya:
a. Kecekapan guru menggunakan peruntukan masa (pengurusan bilik darjah dan pengajaran pembelajaran)
b. Keberkesanan pengajaran pembelajaran guru berkenaan terutama apabila menjelaskan satu-satu konsep sehingga difahami oleh murid.
c. Kebolehan dan kecekapan guru mengemukakan berbagai-bagai soalan.
d. Objektif pengajaran pembelajaran yang jelas.
e. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid-murid.
f. Suasana pengajaran pembelajaran yang kondusif.
Mengikut Ramaiah (1992), “penyelia hendaklah sentiasa berhati-hati dalam memberikan komen dan tegurannya terhadap seseorang guru yang tidak berpengalaman tentang perwatakan dan prestasi pengajaranya dalam bilik darjah. Keikhlasan kedua-dua pihak mengeluarkan pendapat masing-masing dalam suasana mesra serta saling hormat-menghormati menjadi faktor penting terhadap kejayaan penyeliaan klinikal ini.”

b. Orang yang diselia sebagai instrumen
Instrumen yang kedua yang berfungsi sebagai instrumen penyeliaan ialah orang yang diselia. Sebelum diselia oleh penyelia, orang yang diselia iaitu guru seharusnya memahami tanggungjawab, tugas dan fungsinya. Guru perlulah cekap dalam bidang yang diajar. Semasa pengajaran beliau seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran agar dapat menarik perhatian pelajar, melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta isi pelajaran yang akan diajar hendaklah tersusun. Seseorang guru yang diselia seharusnya memahami apa yang terkandung dalam instrumen penyeliaan. Mungkin ini bukan merupakan tugasnya untuk mengetahui instrumen penyeliaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya guru tersebut dapat mengetahui item-item yang terdapat di dalam borang. Beliau juga boleh bersedia terlebih dahulu dan meningkatkan aspek-aspek yang difikirkan lemah. Guru yang diselia seharusnya menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam kurikulum sesuatu matapelajaran. Guru juga seharusnya sedar bahawa proses penyeliaan memerlukannya sentiasa peka terhadap perkembangan dan perubahan. Guru tersebut harus tahu bahawa beliau juga adalah sebahagian dari instrumen penyeliaan yang penting. Oleh sebab itu perbincangan dan kerjasama di antara guru dengan penyelia perlu ditingkatkan agar proses penyeliaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
c. Instrumen atau alat
Terdapat dua panduan bagi instrumen penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang boleh diguna pakai iaitu panduan praktikum dari Bahagian Pendidikan Guru (2002) dan Buku panduan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) , Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Instrumen yang disediakan oleh PPK adalah bertujuan untuk menilai sekolah mengikut standad yang ditetapkan. Instrumen ini boleh di anggap instrumen yang paling tepat. Dalam kes ini kita akan memberikan tumpuan kepada SKPM. PPK telah menggariskan 13 elemen instrumen dalam penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang disediakan ini boleh menjadi panduan yang paling berkesan kepada Guru Besar untuk menjalankan proses penyeliaan. Panduan ini mudah dan lengkap kerana ia merangkumi semua aspek serta mempunyai item-item yang terperinci. Elemen tersebut ialah :
1. Rancangan Pelajaran Tahunan; Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini dan merangkumi sepanjang tahun persekolahan semasa
2. Rancangan Pelajaran Harian; Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Harian dengan mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid. Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Harian yang mengandungi sekurang-kurangnya objektif atau hasil pembelajaran (dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur serta merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai), aktiviti (cara bagaimana hendak mencapai objektif, bersesuaian dengan keupayaan murid dan peruntukan masa), penilaian kendiri secara bertulis (terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid serta merancang dan melakukan penambahbaikan)
3. Set Induksi; Guru melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang minat murid dan menjurus ke arah kesediaan minda murid (seperti dikaitkan dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran)
4. Penyampaian/Perkembangan Pelajaran; Guru menyampaikan pengajaran dengan mengamalkan pendekatan berasaskan prinsip pengajaran asas (daripada mudah kepada kompleks,daripada konkrit kepada abstrak), menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan harian murid, menggunakan bahasa (laras dan istilah) yang tepat, menjalankan aktiviti yang memperlihatkan pemeringkatan dan perkembangan pengajaran, menggunakan masa dengan optimum bersesuaian serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan sesuai dan berkesan, menggunakan pendekatan dan kaedah berpusatkan murid, melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid, melaksanakan aktiviti yang mengambil kira pelbagai kecerdasan (verbal-linguistik, muzik, logik-matematik, interpersonal, intrapersonal, visual-ruang, kinestetik, naturalis), aktiviti yang melibatkan pelbagai deria, menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru, menerapkan kemahiran berfikir, melaksanakan pendekatan integrasi merentas kurikulum (bahasa, alam sekitar, sains dan teknologi, nilai murni, patriotisme, perpaduan, jati diri, kesihatan, kekeluargaan), fleksibel mengikut situasi dan penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran (lisan/penulisan/pemerhatian).
5. Teknik Penyoalan Guru; Guru menyoal murid dengan mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif (contohnya berdasarkan Taksonomi Bloom) iaitu menyusun aras soalan dari mudah ke sukar, mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah, mengemukakan soalan yang jelas maksudnya dan boleh difahami, menyebarkan soalan ke seluruh kelas, memberi masa untuk murid berfikir, mencungkil jawapan daripada murid, mengalih arah soalan kepada murid-murid lain dan memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid
6. Penglibatan Murid; Murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan membawa peralatan atau bahan yang diperlukan (jika berkenaan), membuat persediaan awal, membuat catatan daripada pengajaran guru (jika berkenaan), mengemukakan soalan atau pendapat secara spontan, membuat rujukan spontan (jika berkenaan), menjalankan aktiviti yang dirancang oleh guru, berinteraksi secara aktif dengan guru, murid lain, dan bahan, memberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan dan menunjukkan kemahiran melaksanakan gerak kerja kumpulan (jika berkenaan)
7. Peneguhan; Guru memberi peneguhan terhadap pembelajaran murid dengan memberi pujian secara lisan atau isyarat bukan lisan kepada perlakuan yang baik, mempelbagaikan perkataan, ungkapan atau isyarat peneguhan bersesuaian dengan murid dan memberi teguran yang bersesuaian terhadap perlakuan negatif murid
8. Latihan dan Tugasan; Guru memberikan latihan atau tugasan (termasuk projek, kerja rumah) kepada murid dengan mengikut keupayaan dan kebolehan murid, mempelbagaikan jenisnya, tugasan berkait dengan tajuk yang dipelajari dan menekankan prosedur dan arahan dalam membuat tugasan
9. Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid; Guru memeriksa latihan dan tugasan dengan menunjukkan kesilapan murid, memeriksa dalam tempoh dan kekerapan yang munasabah, memberi ulasan yang membina, memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik dan memastikan murid membuat pembetulan
10. Penutupan; Guru mengakhiri pengajaran dengan membuat penutupan kognitif (rumusan dijalankan sama ada oleh guru/murid atau membuat penilaian secara lisan/tulisan) dan membuat penutupan sosial (kenyataan yang mententeramkan emosi murid dan persediaan untuk pelajaran akan datang)
11. Hasil Kerja Murid; Murid melaksanakan latihan atau tugasan dengan lengkap, kemas dan bersih, menepati masa, menepati format dan prosedur latihan dan tugasan, membuat latihan dengan betul dan membuat pembetulan bagi latihan yang salah
12. Pengurusan Kelas; Guru menguruskan kelas dengan memastikan wujud suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran (contohnya bilik darjah selamat, bersih, ceria, kemas dan susunan perabot sesuai dengan aktiviti), memastikan kehadiran murid untuk belajar, memastikan kesediaan murid untuk belajar, mewujud dan memanfaatkan sudut mata pelajaran dan memastikan peraturan kelas dipatuhi
13. Perwatakan Guru; Guru menyumbang kepada suasana pembelajaran yang kondusif dengan berpakaian sesuai, kemas dan bersih mematuhi arahan dan surat pekeliling, bersifat mesra, mudah didekati dan sedia membantu, mengenali semua murid dan prihatin terhadap keperluan mereka, berinteraksi secara sopan, menggunakan nada suara yang sesuai, mewujudkan suasana riang yang merangsang pembelajaran dan menepati masa.

Rumusan
Proses penyeliaan yang terancang dan menggunakan instrumen penyeliaan yang ditetapkan seperti yang diberikan oleh PPK akan melengkapkan urusan kurikulum. Guru Besar tidak boleh lari dari urusan penyeliaan. Semasa proses penyeliaan dijalankan terhadap guru, instrumen-instrumen yang digunakan akan membantu guru besar untuk menilai kembali sejauh manakah proses pengajaran pembelajaran berjaya. Kejayaan membuat penyeliaan juga akan menggambarkan tahap pencapaian akademik sekolah. Apa yang dinyatakan di atas ialah dari aspek instrumen itu sendiri. Kita tidak boleh menafikan bahawa aspek penyelia dan orang yang diselia juga merupakan satu instrumen yang penting. Seorang penyelia mesti tahu apa yang hendak dinilai, apakah item-item yang perlu digunakan semasa dinilai, apakah matlamat atau objektif yang hendak dicapai semasa menilai.
Bagaimanapun terdapat teori-teori yang mendedah dan menyakinkan guru-guru permulaan dengan lingkaran tugas “learn-commit-do” mengikut Covey (1989) berbunyi:
“ I believe that as we grow and develop on this upward spiral, we must show diligence in process of renewal by educating and obeying our conscience. And increasing educated conscience will propel us along the path of personal freedom, security, wisdom and power. Moving along upward spiral requires us to learn, commit and do on increasing by higher plans. We deceive ourselves if we think that any one of these is sufficient. To keep progressing we must learn, commit, and do-learn, commit and do and learn, commit, and do again.” (Covey, 1989:306)

Mengikut teori, manusia mempunyai keperluan terhadap sesuatu objek. Bagi Maslow (1968) tatatingkat keperluan seseorang yang berada pada aras paling rendah dan mesti dipenuhi dengan keperluan fisiologi seperti makan, minum, udara untuk pernafasan, waktu bekerja, waktu rehat, seks dan sebagainya. Manakala tatatingkat kedua ialah keperluan keselamatan iaitu menjamin perlindungan dan kesejahteraan untuk terus hidup. Keperluan tatatingkat yang ketiga adalah bersosial. Keperluan ini bermakna manusia itu akan kesunyian jika mereka tidak dapat berinteraksi dan berkomunikasi serta memainkan peranan tertentu dalam institusi sosial yang diwakilinya. Tatatingkat yang keempat adalah penghargaan diri. Di sini mereka menaruh harapan untuk disanjung, dihormati dan dipuji iaitu keperluan yang lebih selesa untuk memenuhi citarasa individu. Akhir sekali keperluan tertinggi adalah untuk mendapatkan tempat kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun tatatingkat kesempurnaan diri berbeza dari individu dengan dan sebagainya. Manakala tatatingkat kedua ialah keperluan keselamatan iaitu menjamin perlindungan dan kesejahteraan untuk terus hidup. Keperluan tatatingkat yang ketiga adalah bersosial. Keperluan ini bermakna manusia itu akan kesunyian jika mereka tidak dapat berinteraksi dan berkomunikasi serta memainkan peranan tertentu dalam institusi sosial yang diwakilinya. Tatatingkat yang keempat adalah penghargaan diri. Di sini mereka menaruh harapan untuk disanjung, dihormati dan dipuji iaitu keperluan yang lebih selesa untuk memenuhi citarasa individu.
Akhir sekali keperluan tertinggi adalah untuk mendapatkan tempat kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun tatatingkat kesempurnaan diri berbeza dari individu dengan individu yang lain iaitu bergantung kepada “mind setting” dan tanggapan seseorang. Bagi pengkaji keseluruhan teori Maslow menggambarkan keperluan seseorang memerlukan penglibatan secara aktif. Sehubungan ini mengikut Covey (1989) penglibatan seseorang untuk memenuhi tuntutan keperluan yang memaksa mereka berada dalam keadaan komited dan jika tiada penglibatan maka komitmen tidak mungkin wujud. Keperihalan ini menggambarkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara penglibatan, komitmen dan motivasi. Dalam masa yang sama juga komitmen terhasil dari penglibatan seseorang dan ianya bertindak sebagai pemangkin di dalam proses perubahan keperluan. Dengan ini teori keperluan Maslow (1968) terbukti saling bergantung di antara satu sama lain dengan komitmen seseorang. Teori keperluan ini amat sesuai dijadikan alat ukur untuk menentukan tahap komitmen kerja guru pelatih terhadap penglibatan mereka dalam profesion keguruan.
Dalam penulisan Sergiovanni (1976) yang bertajuk “Human Resources Supervision” ada membincangkan bahawa guru adalah individu yang berpotensi dan berkemampuan untuk berkembang sebagai manusia yang positif serta proaktif sebagaimana yang dijelaskan dalam teori Y McGregor. Implikasi dari teori ini dalam proses penyeliaan pengajaran guru, banyak membantu mereka ke arah terlaksananya hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya proses pencerapan klinikal yang melibatkan prakonferen, pemerhatian dan poskonferen banyak membantu guru-guru mempertingkatkan kemahiran profesional keguruan. Mereka percaya guru-guru dapat menerima teguran dan lebih bersifat keterbukaan seperti mana yang dibincangkan oleh Covey (1991) dalam penulisan yang bertajuk “Principle Centered Leadership.” Oleh itu pendekatan teori Y sepatutnya didokong oleh pentadbir sekolah. Ianya merupakan satu stail kepimpinan yang dapat membantu proses pengajaran guru yang lebih berkesan dan berwawasan.
Penyeliaan atau pencerapan dalam konteks pendidikan bertujuan untuk membangunkan perkembangan psikologi manusia ke arah meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Terdapat tiga teori penyeliaan yang akan dibincangkan iaitu teori Penyeliaan Tradisional, teori Penyeliaan Humanistik dan teori gabungan antara Tradisional dan Humanistik yang dikenali sebagai Penyeliaan Saintifik Moden. Teori Penyeliaan Tradisional di zaman Lucio (1967) mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. Teori ini menekankan kepada penyeliaan terhadap keseluruhan tugas guru supaya pengajaran yang berkesan dapat dihasilkan. Teori ini menganggapkan kaum guru sebagai golongan yang perlu dikawal rapi. Teori Tradisional memerlukan guru-guru diselia dan dicerap secara regular untuk mempastikan prestasi pengajaran berkualiti dan seterusnya menghasilkan pencapaian akademik pelajar yang tinggi.
Teori Penyeliaan Humanistik lebih mementingkan hubungan baik antara penyelia dan guru yang diselia. Keadaan ini dipercayai dapat mewujudkan rasa kepuasan kerja dan komitmen yang tinggi di kalangan guru-guru. Ahli-ahli teori ini menaruh kepercayaan penuh kepada guru kerana mereka melabelkan kaum guru dalam golongan profesional yang telah tamat mengikuti kursus-kursus keguruan (Gordon et al. 1983). Bagi pengkaji kelemahan yang ketara pada teori ini adalah kerana manusia itu tidak sempurna mereka perlu diberi peringatan dan perhatian dari masa ke semasa. Teori Penyeliaan Santifik Moden memberi tumpuan kepada konsep ketrampilan dan peningkatan ke arah mencapai kecemerlangan pengajaran guru. Di samping itu implikasi teori ini dapat mencungkil keperluan motivasi, kepuasan dan komitmen dari segi pengiktirafan, pujian dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis. Ianya juga merupakan pengembelingan daya usaha serta menggalakkan komunikasi dua hala (Hussin, 1992). Penyeliaan mengikut teori Penyeliaan Saintifik Moden lebih bersifat membantu dan membimbing dan diharap dapat melahirkan guru yang iltizam dan cemerlang serta dapat melahirkan anak didik yang dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum,1990)


Bibliogarfi
1. Abdullah Sani Yahaya, 2004, Mengurus Sekolah, PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. Shah Alam.
2. Bahagian Pendidikan Guru, KPM, (2005), Garis Panduan Praktikum. Latihan Perguruan Praperkhidmatan Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
3. Cohen, M.(1983) Instructional, Management and Social Conditions in Effective Schools. In AO Webb and LD Webb (Eds) School Finance and School Improvement: Linkages in the 1980’s,Cambridge, MA:Ballinger.
4. Glatthorn, A.A. Differentiated Supervision. ASCD. Gary, J.L. (1984). Supervision: An Applied Behavioural Science approach to Manaing People,Boston
5. Kementerian Pendidikan Malaysia,(1987) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987, Kementerian Pendidikan, Kuala Lumpur.
6. Mortimore, P. (1993) School Effectiveness and the Management of Effective Learning and Teaching, School Effectiveness and School Improvement, 4, (4):290-310.
7. Rahimah Hj.Ahmad (1986) “Penyeliaan Klinikal – Satu Pendekatan Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah”, Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia, 30 (69): 24-32.
8. Ramaiah,A,L.(1999) Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini, Petaling Jaya, IBS Buku Sdn Bhd.
9. Sutrapadu dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan, 2003, Panduan Tugas Staf Sekolah Rendah, Penerbit Mega Setia Emas Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
10. Glatthorn, A.A 1984, Diffetentiated Sipervision Alexandria, Va,: Association for Supervision and Curriculum Development

11. Goldhammer, R, 1969, Clinical Supervision, New York: Holt, Rinehart & Wpnston
12. http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2003/mohdEPRDkk.pdf

Pengajaran Makro Dalam Penulisan

PENGENALAN
Pengajaran mikro dan makro biasa bagi mereka yang pernah mengalaminya semasa mengikuti kursus perguruan di universiti atau di maktab perguruan. Bagi bakal guru pula mereka akan mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan mengajar. Melalui pengajaran mikro dan makro anda didedahkan dengan pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan anda akan mengetahui kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan anda melalui komen yang dibuat oleh pensyarah atau pun rakan sekelas anda. Guru pelatih boleh memahirkan diri mereka untuk menjalankan aktiviti pengajaran saperti pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini.

PERSEDIAAN MENGAJAR
Persediaan dikaitkan dengan perancangan tentang bagaimana sesuatu aktiviti dirancang dengan teliti dari peringkat awal hingga akhir.Sesuatu pengajaran yang baik berkaitrapat dengan perancangan yang rapi. Kebijaksanaan seseorang guru diperlukan bagi merealisasikan hasrat dan harapan. Maka tanggungjawab seorang guru adalah menyediakan persediaan mengajar yang baik dan tersusun. Dengan persediaan yang rapi, guru berkeyakinan dalam menyampaikan pengajarannya dan pelajar mudah mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Alat bantu mengajar perlu untuk melancarkan pengajaran dan pembelajaran. Persediaan mengajar yang teliti menyebabkan pengajaran guru lebih berpandu bagi mencapai objektif yang telah dirangka bagi sesuatu sesi pengajaran.

KOMPONEN PERSEDIAAN MENGAJAR.
Terdapat tiga bahagian penting dalam pengajaran mengajar iaitu bahagian persediaan, penyanpaian dan bahagian penyampaian atau penutup. Guru harus menguasai ketiga-tiga komponen ini. Dalam aspek penggabungjalinan kemahiran juga perlu dinyatakan sebagai sebagahian daripada persediaan mengajar. Objektif pengajaran merupakan bahagian yang sangat penting dalam sesuatu pengajaran. Dalam menyediakan sesuatu persediaan mengajar yang baik, kriteria penilaian perlu diberi perhatian oleh guru.

Seorang guru yang perihatin harus peka penentuan hasil daripada pengajaran dan pembelajarannya. Ini boleh dilihat melalui gambarajah 6.3.

Sebelum membuat rancangan harian, guru harus pastikan apa yang perlu dikuasai oleh murid agar apa yang hendak disampaikan nanti dapat diaplikasikan dan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan oleh murid-murid. Guru juga harus rancang kaedah atau sumber yang sesuai bagi membantu melaksanakan penilaian kelak.

Hasil pelajaran haruslah dirujuk kepada sukatan pelajaran dan pastikan aras pembelajaran mengikut aras dari mudah ke sukar agar hasil pembelajaran dapat dinyatakan dengan tepat, eksplisit dan jelas. Ini dapat dilihat berdasarkan gambarajah 6.4

Guru harus pastikan set induksi bertepatan dengan objektif pelajaran, bermakna dan mengikut tahap murid-murid. Set Induksi juga berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. Lihat gambarajah 6.5

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENGAJARAN MAKRO
Semua guru perlu merancang pengajaran masing -masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran,meningkatkan pencapaian pelajar disamping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa perkara:
• Meneliti dan menafsir sukatan pelajaran
• Membuka skema rancangan kerja untuk sesuatu tahun
• Menyediakan persediaan mengajar harian.
Persediaan mengajar atau dikenali dengan Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan.Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas,teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru.
Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematik membolehkan guru :
a.Menentukan okjektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar
dari apa yang dirancang.
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup untuk
disampaikan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan
peringkat,kebolehan dan minat pelajar.
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu.
e. Merancang aktiviti murid-murid.
f. Mengawal bilik darjah dengan baik .
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid.
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid.
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan.
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti
dapat dijalankan dengan teratur.
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk

dikemukakan semasa pengajaran.

l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

m. Merancang bagaimana nilai murid dalam agama dapat
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU TAHUN LIMA
Tarikh : 24 Februari 2005
Masa : 10.35 pagi – 11.35 pagi
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Sarjan
Bilangan Murid : 30 orang
Tema : Kesihatan
Tajuk : Hospital

Fokus Utama:
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
Aras 1
i. Menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain.
ii. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.
Fokus Sampingan:
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1
i) Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperoleh.

Objektif:
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran diharap murid-murid dapat:
i. menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain.
ii. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.
iii. Mencatat secara ringkas maklumat yang diperoleh
iv. Membina ayat majmuk berdasarkan rangkai kata yang diberi.

Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah mempelajari cara memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran membaca dan Kemahiran menulis

Sistem Bahasa
a) Tatabahasa; Kata nama am, Ayat arahan
b) Kosa Kata; farmasi, x-ray, makmal, wad kecemasan, wad bersalin, lintasan belang

Pengisian Kurikulum
a) Ilmu – pendidikan kesihatan
b) Nilai Murni – kebersihan, menghargai
c) Kemahiran Bernilai Tambah
i. Kemahiran Berfikir
Mengenal pasti sebab akibat
Menyelesaikan masalah
Mentafsir
ii. Teori Kecerdasan Pelbagai
Interpersonal
iii. Konstruktivisme
iv. Kontekstual
ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Soalan guru
1.Apakah kejadian yang terdapat dalam gambar ?
Kemalangan di jalan raya.
2.Bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku?
Kerana lalai, mengantuk dll.

3.Siapakah yang terlibat dalam kejadian itu?
Pemandu , penumpang, pejalan kaki dll.

4.Di manakah mangsa itu dirawat?
Hospital, klinik, bomoh patah (sangkal putong)
Set Induksi (5 minit)
1.Guru mempamerkan beberapa keping gambar kemalangan di jalan raya?

2.Guru bertanyakan soalan kepada murid-murid tentang gambar-gambar tersebut.

3.Guru minta murid memberi keterangan yang lengkap tentang gambar tersebut.
BBM
1.Gambar-gambar kemalangan di jalan raya.

2. KBKK
Mengenal pasti sebab akibat

3. Nilai:
Kerjasama
Prihatin

4.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Konstruktivisme


Panduan tunjuk arah ke bilik Farmasi.
Kamu berada di bilik menunggu. Pergi ke Blok C di hadapan bilik menunggu. Pergi pula ke bilik rawatan C. Bilik rawatan C terletak di sebelah bilik pengimejan. Dari bilik rawatan C, pergi pula ke bilik pengimejan. Kemudian, dari bilik pengimejan jalan menghala ke kanan hingga sampai di simpang. Kemudian, belok ke kiri menuju ke bilik farmasi. Bilik farmasi terletak berhadapan dengan Blok B.
Langkah 1 (15 minit)

1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.

2. Guru mengedarkan Lembaran Pelan Hospital kepada setiap murid dalam kumpulan.

3. Guru meminta murid menyebut semula perkataan yang disebut oleh guru berdasarkan lembaran itu.

4. Guru meminta murid meneliti pelan dan baca panduan tunjuk arah ke bilik farmasi.(KBKK)

5. Murid mencatat kata arah dalam ayat yang diberi dalam lembaran kerja.
BBM

1.Lembaran Kerja
Aktiviti 1;Pelan Hospital

2. Jadual ayat arahan

3.Nilai:Kerjasama

4. KBT, KBKK
Mentafsir


Catatkan tunjuk arah ke hospital berdasarkan pelan yang diberi.
dari perhentian bas
melalui lintasan belang
laluan basikal
lampu isyarat
di simpang empat
papan tanda pusingan U

Langkah 2 ( 15 minit)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja aktiviti 2 kepada semua pelajar?

2 Guru meminta murid-murid melakonkan cara mereka menerangkan tunjuk arah menuju ke hospital kepada seorang wanita. (KBKK & Nilai)

3. Murid mencatat tunjuk arah ke hospital berdasarkan pelan yang diberikan

BBM
1. Pelan Perjalanan Ke Hospital

2. KBT
KBKK
Menyelesaikan masalah

3. Nilai
Baik hati

4.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kontekstual


Saya dan adik mengikut bapa ke hospital. Saya diminta oleh bapa menasihati adik yang sedang berlari-lari.

Cadangan jawapan dialog

‘Adik jangan berlari-lari kerana ini kawasan hospital’

‘Maaf kak , saya tak tahu. Saya berjanji tidak buat lagi’

Langkah 3 (10 minit)
Situasi 1

1. Guru mengedarkan lembaran kerja 3.

2. Murid membincangkan dialog dalam kumpulan bersama rakan.

3. Guru meminta murid-murid melengkapkan dialog.

4. Murid melakonkan dialog yang telah dilengkapkan.
(KBT & Nilai)

BBM

1. Lembaran kerja
Aktiviti 3

2. KBT
Kecergasan Pelbagai
Interpersonal

3. Nilai
Hormat menghormati


Sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor, adik saya telah bermain di taman permainan. Ibu meminta saya memanggil adik keran sudah tiba gilirannya untuk berjumpa dengan doktor.

Cadangan jawapan dialog

‘Adik dah tiba giliran kamu untuk berjumpa doktor’

‘Baiklah kak, saya datang sekarang’
(kesantunan bahasa)

Langkah 4 (10 minit)
Situasi 2
1. Guru mengedarkan lembaran kerja 4.

2. Murid membincangkan dialog dalam kumpulan bersama rakan.

3. Guru meminta murid-murid melengkapkan dialog.

4. Murid melakonkan dialog yang telah dilengkapkan.

BBM

1. Lembaran kerja
Aktiviti 4

2. Pengisian Kurikulum
Peraturan sosio budaya
Kesantunan bahasa

3. Nilai
Kasih sayang


Kata Hubung
kemudian, lalu
Sambil, Tetapi , Kecuali

Rangkai kata
1. mengambil ubat –singgah di kantin
Ali mengambil ubat kemudian singgah di kantin.

2. Menjalani rawatan – berbual dengan doktor

3. dilanggar kereta – mangsa kemalangan

4. semua kemudahan – makmal darah

5. taun penyakit berjangkit – darah tinggi penyakit tidak berjangkit
(nilai)
Penutup (5 minit)
1 Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.

2. Guru mengedarkan Lembaran kerja 5 kepada setiap murid dalam kumpulan.

3. Guru meminta murid membina ayat majmuk lisan berdasarkan rangkai kata dan kata hubung yang diberi.

4. Guru meminta murid membina ayat secara bertulis di dalam buku latihan sebagai kerja rumah.

BBM
1. Lembaran kerja
Aktiviti 5

2. Sistem Bahasa
Morfologi – kata majmuk

3. Nilai;Rajin



Rujukan:
Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof, 2007 `Prinsip Pengajaran Penulisan’ Batu Caves, Kuala Lumpur.hlm 255-262
http://www.scribd.com/doc/38152551/Persedian-Mengajar-Pengajaran-Makro
http://hbss1103.blogspot.com/2007/11/topik-6-pengajaran-mikro-dan-makro.html
http://hbss1103.blogspot.com/2007/11/topik-6-tutorial.html
http://www.karanganstpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=98&Itemid=86
http://syiqinradi87.tripod.com/minggu7/rph_1.pdf