SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI .....................

SELAMAT DATANG KE BLOG BAHAN TUGASAN KAMI .....................
Kami pamerkan bahan yang kami ada.........kalau tak silu ambillah ........semuanya free je...

Wednesday, April 6, 2011

Rancangan Mengajar Sains Tahun 6

KELAS : 6 Cempaka BIL. MURID : 40 Orang

TOPIK : 3 – Alam Bahan MASA : 9.00 – 10.00 pagi

SUB-TOPIK : Kesan Pembuangan Bahan Buangan Ke atas Alam Sekitar.

PENGETAHUAN SEDIA ADA:
i. Murid telah mengetahui mengenai maksud alam sekitar dan mengapa alam sekitar penting kepada kita
ii. Murid sedar dan mengetahui keadaan persekitaran di tempat sendiri
iii. Murid telah mengetahui serba sedikit punca alam sekitar tercemar.

OBJEKTIF : Di akhir pelajaran ini diharapkan murid dapat :
i. Meramalkan mengenai punca pencemaran alam sekitar berlaku dan memberi pendapat mengenai kepentingan alam sekitar kepada manusia.
ii. Menyenaraikan punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar dan tindakan yang sesuai diambil terhadap pencemar alam sekitar.
iii. Merumuskan semula kepentingan alam sekitar kepada manusia pada masa akan datang.

ALAT BANTU MENGAJAR : Komputer, Gambar dan LCD Projecter

SIKAP DAN NILAI : Menghargai alam sekitar, Kerjasama, Prihatin, KBKK.

MASA / LANGKAH
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID

Set Induksi
( 5 minit )
1. Guru mengemukakan soalan secara spontan mengenai tempat murid pada 10 tahun akan datang.
1. Murid cuba menjawab soalan guru secara spontan mengenai keadaan tempat mereka 10 tahun akan datang.


Langkah 1
( 15 minit ) 1. Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan sekeping gambar mengenai satu kawasan persekitaran yang telah tercemar dengan menggunakan paparan dari LCD.
2. Guru meminta murid cuba meramalkan apakah kemungkinan yang menyebabkan keadaan seperti di dalam gambar tersebut secara spontan.
3. Guru juga meminta murid menyenaraikan apa yang dijangkakan oleh murid seberapa banyak yang mungkin dalam kumpulan tiga orang.
1. Murid melihat dan meneliti gambar yang ditunjukkan oleh guru melalui paparan LCD.




2. Murid cuba memberikan respon dengan menyatakan apa yang dilihat dalam gambar yang dipaparkan.

3. Murid cuba menyenaraikan seberapa banyak kemungkinan yang berlaku berdasarkan gambar dalam kumpulan tiga orang.

Langkah 2
( 15 minit ) 1. Seterusnya guru meminta wakil setiap kumpulan menyatakan semula maklumat yang dikumpulkan hasil dari perbincangan kumpulan sambil kumpulan lain cuba memberikan pandangan terhadap maklumat yang dijelaskan.
2. Seterusnya guru akan memperjelaskan lagi perkara tersebut berdasarkan hasil dapatan murid.
1 Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan masing-masing sambil kumpulan lain memberikan pandangan.





2. Murid mendengar penjelasan lanjut daripada guru sambil membuat catatan.








Langkah 3
( 10 minit ) 1. Guru seterusnya mempamerkan gambar lain yang menunjukkan satu kawasan bukit dan hutan yang masih belum diteroka melalui paparan dari LCD.
2. Guru meminta setiap kumpulan cuba bincang dan menyenaraikan maklumat yang mungkin dijangkakan berlaku sekiranya tidak dijaga dengan sebaiknya oleh pihak bertanggung jawab. Apakah akan berlaku sekiranya tidak ada lagi kawasan seperti yang dipaparkan dalam gambar.
3. Guru juga meminta setiap kumpulan menyenaraikan apakah tindakan dijangkakan boleh diambil terhadap mereka yang merosakkan alam sekitar.
1. Murid melihat dan meneliti sekali lagi gambar yang ditunjukkan oleh guru melalui paparan LCD.


2. Murid bincang dan menyenaraikan seberapa banyak maklumat yang berkemungkinan berlaku berdasarkan gambar yang dilihat dalam kumpulan tiga orang.



3. Murid menyenaraikan beberapa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang merosakkan alam sekitar


Langkah 4
( 10 minit ) 1. Seterusnya guru meminta seorang ahli setiap kumpulan keluar ke hadapan kelas dan memperdengarkan hasil dapatan kumpulan sementara kumpulan lain buat catatan dan fikirkan rumusan yang boleh dibuat berdasarkan hasil dapatan yang telah dibentangkan serta dibincangkan.
2. Guru seterusnya membuat satu rumusan daripada semua dapatan murid mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan kesannya jika alam sekitar tidak dijaga oleh semua pihak.
1. Salah seorang daripada setiap kumpulan memperdengarkan hasil dapatan kumpulan dan kumpulan lain membuat catatan untuk tujuan rumusan hasil dari pembentangan setiap kumpulan.





2. Murid mendengar dengan teliti rumusan yang dibuat oleh guru mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan kesannya jika tidak menjaganya.

Penutup
( 5 minit ) 1. Di akhir pengajaran ini guru meminta murid menyenaraikan semula kesan tidak menjaga dan mencemarkan alam sekitar dan kepentingan alam sekitar kepada manusia pada masa akan datang.
1. Murid menyenaraikan semula kepentingan alam sekitar kepada manusia dan kesannya jika tidak menjaga alam sekitar dengan baik – latihan bertulis.

KEMAHIRAN PROSES SAINS – KEMAHIRAN MERAMAL

1.0 Pengenalan

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan

Untuk mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan budaya sians dan teknologi. Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi mempamerkan ciri-ciri seperti bersemangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata dan tepat serta menghargai sumbangan sains dan teknologi. Warganegara sedemikian dapat dibentuk sekiranya pendedahan awal kepada sains dan teknologi diberikan. Sains secara amnya dilihat sebagai satu bidang ilmu pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah.

Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.

Sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah, sains dapat memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping mendapatkan ilmu pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga memerlu dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran sains dapat menggalakkan semangat ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketabahan, ikram terhadap hidupan dan menghargai alam sekitar. Sains di peringkat sekolah rendah membolehkan murid mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar mereka melalui pengalaman dan juga penyiasatan.

Kurikulum sains ini digubal untuk murid Tahap I dan Tahap II sekolah rendah, iaitu Tahun 1 hingga Tahun 6. Penekanan diberikan kepada pembelajaran menerusi pengalaman dan relevan kepada kehidupan harian murid, pendekatan inkuiri, perkembangan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, penyelidikan dan penyelesaian masalah, aplikasi prinsip sains, dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

2.0 Matlamat dan Objektif

Pendidikan sains sekolah rendah bertujuan melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk membentuk masyarakat berbudaya sains dan teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekliling dan mengagumi ciptaan alam.
Matlamat pendidikan sains rendah dicapai dengan memberi peluang kepada murid belajar melalui pengalaman untuk :-
• Memperkembangkan kemahiran berfikir bagi meningkatkan daya intelek;
• Memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri;
• Meningkatkan minat semula jadi terhadap alam sekeliling;
• Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri dan alam sekeliling;
• Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bertanggungjawab;
• Menangani sumbangan dan inovasi terkini dalam sains dan teknologi;
• Mengamalkan nilai murni dan sikap saintifik dalam kehidupan harian;
• Menghargai sumbangan sains dan teknologi bagi kesejahteraan hidup; dan
• Menghargai susunan dan ketertiban dalam alam.


3.0 Rasional Pengajaran Kem. Proses Sains


4.0 Definisi Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.
4.1 Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains?
Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.
Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:
* Memerhati
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinisikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen

4.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah ini berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling.
Penemuan merupakan sifat utama inkuri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Walau bagaimanapun, di peringkat sekolah rendah, murid memerlukan bimbingan dan panduan dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip. Justeru, pendekatan yang berkesan ialah melalui penemuan terbimbing. Ini bermaksud bahawa guru membimbing murid dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip melalui perbincangan, pertanyaan atau penyelesaian masalah. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru.
Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk mengasuh dan membimbing murid memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam mempelajari sains supaya menjadi lebih kritis, analitis dan bertanggungjawab. Kaedah yang disarankan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi dan projek.
Eksperimen Menguji hipotesis melalui penyiasatan. Ini melibatkan murid mengawal pembolehubah dan juga melibatkan kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Perbincangan Murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau ulasan yang sahih dan mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.
Simulasi Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.
Projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.

4.3 Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan
Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia.
Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan.
Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang boleh dipilih dan digunakan, iaitu:
a. Kaedah heuristik
Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.
b. Kaedah induktif.
Kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am. kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang serupa.
c. kaedah deduktif.
Ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.
d. kaedah Dogmatik
Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang berperingkat.
e. Kaedah projek.
Pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai.
f. Kaedah amali.
Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai.


g. Kaedah Lawatan.
Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu (di luar bilik darjah) dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.
h. Kaedah Sintesis.
Pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui. berdasarkan data yang ada, pelajar merumus kesimpulan.
i. Kaedah Topik
Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali gus menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan.
j. Kaedah Simulasi
Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan.Keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang dimainkan itu.
k. Kaedah Cerita
Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar.
l. Kaedah perbincangan
Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian.


m. Kaedah Modular
Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan.
n. Kaedah soal jawab
Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.
Semua kaedah yang disebutkan di atas , dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di kalangan pelajar dalam aspek-aspek sains berikut:
1. Melakukan eksperimen
2. Mengawal pemboleh ubah bagi sesuatu eksperimen
3. Membuat pemerhatian/pengamatan
4. Mengenal pasti perubahan
5. Mengenal pasti perbezaan
6. Mengenal pasti kesamaan
7. Membuat perbandingan
8. Mencatat data
9. Mengolah/memproses data
10. Meramal berdasarkan data
11. Mengingat kembali fakta
12. Membuat kesimpulan
13. Mentafsir data dan maklumat
14. Membuat hipotesis
15. Membuat inferens
16. Membuat laporan (berkomunikasi)
17. Menggunakan konsep
18. Memberi alasan/sebab
19. Melukis rajah
20. Melabel rajah
21. Mengguna peralatan/bahan sains dengan betul
22. Menyimpan peralatan/bahan sains dengan betul
23. Membersihkan peralatan/bahan sains dengan betul
Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kurikulum sains untuk menghadapi UPSR Kementerian Pendidikan Malaysia.
4.4 Langkah-langkah pengajaran Sains Berkesan:
Secara ringkas, langkah yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru untuk memastikan ia menghasilkan pengajaran yang berkesan ialah:
a. Persediaan pengajaran
b. menyatakan tajuk pengajaran
c. Menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran, apakah yang diperolehi selepas
pengajaran-pembelajaran
d. melakukan aktiviti pengenalan pengajaran (induksi set?)
e. mempersembahkan bahan pengajaran
f. membuat kesimpulan pengajaran
g. Mengadakan aktiviti pengukuhan

4.5 Persediaan Pengajaran
Dalam memastikan pengajaran yang berkesan dan baik, seseorang guru seharusnya merangka dan merancang terlebih dahulu pengajaran yang ingin dijalankan. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :
1. Sediakan tajuk pengajaran
2. Sediakan bahan pengajaran secara terperinci, terutamanya mengenai:
a. Apakah konsep penting dalam tajuk
b. Apakah isi-si penting
c. Apakah kata kunci yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan tajuk
d. Rajah dan alat bantu ajar (transparensi/carta rajah/komputer)
e. Gambar-gambar yang boleh ditunjukkan
f. Contoh yang berkaitan
g. Kesimpulan yang disampaikan

3. Fikir, sediakan dan susun urutan kaedah persembahan, terutamanya tentang:
a. Induksi set
b. Kaedah interaksi
c. Soalan yang perlu dikemukakan sepanjang persembahan

5.0 Kemahiran Meramal
Kemahiran meramal adalah merupakan salah satu daripada kemahiran proses Sains yang penting dan perlu diterapkan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini perlu diketahui oleh guru agar dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk melahirkan idea dan pendapat sendiri dengan dipandu oleh guru. Kemahiran meramal ini juga akan dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi melahirkan idea dan pendapat.
5.1 Definisi Kemahiran Meramal
Menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan pengalaman / pengetahuan atau data-data / maklumat yang terbukti kesahihannya.
5.2 Konsep Kemahiran Meramal
Konsep pengajaran Kemahiran Meramal kepada murid-murid adalah untuk memberikan peluang kepada mereka melahirkan idea dan pendapat sendiri melalui pemikiran secara kreatif dan kritis. Di samping itu, murid-murid juga diajar untuk membuat rumusan atau kesimpulan hasil daripada perbincangan atau dapatan yang diperolehi.
6.0 Proses Pelaksanaan Kemahiran Meramal dalam Pengajaran Sains
Mata Pelajaran : Sains Tahun 6
Masa : 1 jam
Topik : 3 – Alam Bahan
Sub topik : Kesan Pembuangan Bahan Buangan Ke atas Alam
Sekitar.
Sikap dan Nilai : Menghargai alam sekitar, Kerjasama, Prihatin, KBKK.

6.1 Set Induksi – 5 minit
Pada peringkat ini guru akan menjalankan aktiviti meramalkan berdasarkan persoalan yang diberikan secara spontan. Contoh soalan : Apa yang akan berlaku pada tempat anda 10 tahun akan datang ?
Rasional aktiviti : Untuk membuka minda pelajar terhadap persekitaran tempat tinggal mereka dan persediaan menghadapi pelajaran hari itu.
6.2 Langkah 1 – 15 minit
Pada peringkat ini guru akan memulakan pengajaran dengan menunjukkan sekeping gambar mengenai satu kawasan persekitaran yang telah tercemar dengan menggunakan paparan dari LCD. Guru meminta murid cuba menjelaskan dan meramalkan apakah kemungkinan yangmenyebabkan keadaan seperti di dalam gambar tersebut. Guru juga meminta murid menyenaraikan apa yang dijangkakan oleh murid seberapa banyak yang mungkin dalam kumpulan tiga orang.
Rasional aktiviti :
6.3 Langkah 2 – 15 minit
Seterusnya guru akan meminta wakil setiap kumpulan menyatakan semula maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan sambil kumpulan lain cuba memberikan pandangan terhadap maklumat yang dijelaskan. Seterusnya guru akan memperjelaskan lagi perkara tersebut berdasarkan hasil dapatan murid.
Rasional aktiviti : Untuk memberikan peluang murid-murid mengeluarkan idea dan pendapat sendiri berdasarkan kemahiran nilai tambah iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis ( KBKK )..
6.4 Langkah 3 – 10 minit
Pada peringkat ini, guru seterusnya mempamerkan gambar lain yang menunjukkan satu kawasan bukit dan hutan yang masih belum diteroka melalui paparan dari LCD. Guru meminta setiap kumpulan cuba bincang dan menyenaraikan maklumat yang mungkin dijangkakan berlaku sekiranya tidak dijaga dengan sebaiknya oleh pihak bertanggung jawab. Apakah akan berlaku sekiranya tidak ada lagi kawasan seperti yang dipaparkan dalam gambar. Guru juga meminta setiap kumpulan menyenaraikan apakah tindakan dijangkakan boleh diambil terhadap mereka yang merosakkan alam sekitar.
Rasional aktiviti :
6.5 Langkah 4 – 10 minit
Seterusnya guru meminta seorang ahli setiap kumpulan keluar ke hadapan kelas dan memperdengarkan hasil dapatan kumpulan sementara kumpulan lain buat catatan dan fikirkan rumusan yang boleh dibuat berdasarkan hasil dapatan yang telah dibentangkan serta dibincangkan. Guru seterusnya membuat satu rumusan daripada semua dapatan murid mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan kesannya jika alam sekitar tidak dijaga oleh semua pihak.
Rasional aktiviti :
6.6 Penutup – 5 minit
Di akhir pengajaran ini guru meminta murid menyenaraikan semula kesan tidak menjaga dan mencemarkan alam sekitar dan kepentingan alam sekitar kepada manusia pada masa akan datang.
Rasional aktiviti : Untuk melihat semula pemahaman murid mengenai sub topik yang dipelajari dan untuk menilai semula murid melalui latihan.

7.0 Rumusan dan Cadangan

7.1 Cadangan Pengajaran Sains Berkesan
Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar.
Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.
Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada:
a. Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran,
b. Keperluan bahan pengajaran
c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran
d. Kemahiran berkomunikasi.
Di samping itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Ini termasuklah:
1. Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari.
2. Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah
3. Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah
4. Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah.
5. Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah.
6. Misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah.
7. Etika guru dan etika pentadbir sekolah.
8. Keadaan dan suasana persekitaran sekolah.
9. Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah.
10. Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah.
11. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika melakukan pekerjaan juga turut
mempunyai saham yang penting ke arah keberkesanan pengajaran guru berkesan.
Di samping faktor yang disebutkan di atas tadi, faktor pelajar juga boleh mempengaruhi dan menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang berkesan dalam sebuah kelas tetapi pelajar yang mengikuti pengajarannya tidak tahu peranan mereka sebagai pelajar yang berkesan, maka usaha tersebut akhirnya akan sia-sia sahaja.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah dan apakah usaha yang perlu dilakukan dan dilaksanakan agar kita dapat mewujudkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti disebutkan di atas?.... Bincanglah secara kumpulan dengan rakan-rakan guru.
7.2 Syarat Utama Mengajar Sains Berkesan
Terdapat beberapa syarat utama yang perlu diketahui oleh seorang guru untuk menghasilkan pengajaran sains berkesan,. Syarat tersebut ialah:`
1. Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang
pengajar.
2. Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya.
3. Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan.
4. Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain.
5. Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain.
6. Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.
7. Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya.
8. Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para
pelajarnya.
9. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan
pelajar.
10. Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar.
11. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di kalangan pelajar.
12. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua pelajar.
13. Mempunyai hubungan yang rapor dan rapat dengan pelajar.
14. Mempunyai sikap suka mendengar.
15. mempunyai sikap humor ketika bersama pelajar.
16. Mempunyai daya penarik yang menakjubkan.
17. Mempunyai fikiran yang terbuka dan positif.
18. mempunyai kemahiran dalam bidang yang diajar.
19. Mempunyai kepakaran dam bidang teknik mengajar.
20. Mempunyai kepakaran berkomunikasi.
21. Mempunyai pengetahuan tentang kemanusiaan.
22. Mempunyai pegangan hidup semua orang boleh berjaya jika diberi bimbingan
yang mencukupi.
23. Sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran dan kemahiran yang berkaitan
tugasannya.
24. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup bahawa kejayaan boleh dicapai
setelah berusaha.
25. Selalu berdoa untuk diri dan pelajarnya.
26. Sentiasa bertawakal kepada Allah.

















RUJUKAN

Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSR Tahun Enam. (2001). Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai : Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka.
Mokhtar Ismail (1995).Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Prof. Madya Dr. Salihan Siais, Kertas kerja Konvensyen Pendidikan Sains dan
Matematik Sekolah Rendah Luar Bandar, Seremban, 2002.
http://www.ppk.kpm.my/sphsp/spsainsrendah/main.htm

http://sekolah.mmu.edu.my/skserkamdarat/download/rt/sains/sainsthn6.pdf

Pengajaran Masteri dalam Matematik Sekolah Rendah

Pendekatan Masteri bermaksud strategi dan pendekatan mengajar yang bertujuan memastikan pelajar betul-betul menguasai sesuatu isi pelajaran dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih tinggi tinggi.
Langkah dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam p&p iaitu ciri-giri guru, gaya pembelajaran pelajar, kaedah atau aktiviti p&p, Bahan p&p, Nilai-nilai murni dan Pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p
Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.
Ciri-ciri Guru
Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus menyayangi semua pelajar, yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti. Mencintai mata pelajaran yang diajar. Guru harus Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Guru mesti merangsang dan mendorong pelajar untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran. Mesti bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah dan guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.

Gaya Pembelajaran Pelajar
Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu iaitu pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau gambar rajah dan demostrasi, tindakan atau lakonan. Pelajar audio: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain, menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan dan Pelajar kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti Menulis atau melukis sesuatu, membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.
Kaedah P&p Untuk Pembelajaran masteri
Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berlainan. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melakukan Syarahan, Penerangan, Penjelasan, Huraian, Demonstrasi, Bercerita, Pembacaan dan Memberi nota Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah: Soal jawab Latih tubi Bercerita Membuat latihan Penerangan, penjelasan, huraian, Perbincangan, Inkuiri Penemuan, Bacaan, Sumbangsaran, Demostrasi oleh pelajar Kerja amali Eksperimen, Projek Kuiz, Penyelesaian masalah, Reka cipta Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan, Main peranan, Lakonan Simulas, Membuat nota sendiri, Lawatan Pengajaran berprogram, Pembelajaran berbantu komputer PAK (Pembelajaran Akses Kendiri). Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Pengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran, menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran dan menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.
Rumusan
Penggunaan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan p&p yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran masteri. Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik. Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar. Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas. Anda harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan. Dalam p&p guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang. Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan p&p yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka belajar.


Bibliografi
http://www.teachersrock.net/masteri3.htm
http://www.teachersrock.net/masteri1.htm
http://www.scribd.com/doc/414811/Pembelajaran-Masteri

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF KE ATAS PELAJAR MATRIKULASI DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK.

ABSTRAK.

Tujuan kajian ialah untuk menentukan kesan pembelajaran Koperatif ke atas kemahiran menyelesaikan masalah, kesedaran metakognitif, pencapaian Matematik, sikap terhadap Matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil kajian menunjukkan pelajar dalam kelas pembelajaran Koperatif mengatasi pelajar dalam kelas tradisional dalam ujian pos pencapaian dan kemahiran menyelesaikan masalah.


FOKUS PENULISAN

Penulis menyatakan bahawa cabaran kepada penubuhan sebuah negara maju, seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020, memerlukan tenaga kerja yang berasaskan pendidikan Sains dan Matematik. Dalam dunia globalisasi sekarang, seseorang yang cekap dalam Matematik boleh meningkatkan lagi peluang dan pilihan bagi menentukan masa depan mereka (National Council for Teachers of Mathematics, 2000). Dari segi pedagogi, perkembangan pendidikan kini memerlukan strategi pengajaran yang lebih menitikberatkan penglibatan pelajar. Nik Aziz (1996) menyatakan guru Matematik masih bergantung kepada strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lama iaitu tahun 60-an dan 70-an.
Sebahagian besar percakapan guru dalam kelas adalah berbentuk syarahan (Abdullah & Mohd Sahandri Gani, 1998). Johnson et al. (1998) menegaskan, sebagai pendidik kita mesti mengubah paradigma lama pendidikan di kolej, iaitu, memindahkan pengetahuan pendidik kepada pelajar. (Glickman, 1991). Pengajaran sebegini mengandaikan guru sebagai sumber ilmu dengan penglibatan pelajar adalah pada tahap yang minimum dan interaksi antara pelajar boleh dikatakan tiada langsung. Penulis juga menulis bahawa banyak kajian menunjukkan penggunaan pembelajaran Koperatif boleh menyumbang kepada peningkatan kognitif dan afektif pelajar (Ahmadi, 2000; Austin et al., 1997; Nichols & Miller, 1994; Whicker et al., 1997; Potthast, 1999; Faizah, 1999; Lee, 1999; Leikin & Zaslavsky, 1997; Meriam, 1997; Sazali, 1996; Slavin, 1995; Yee, 1995). Terdapat bukti yang menyakinkan bahawa kumpulan yang bekerjasama dapat meningkatkan pemikiran peringkat tinggi dan dapat menyimpan maklumat lebih lama daripada pelajar yang membuat kerja berseorangan (Johnson & Johnson, 1986). Pembelajaran dalam kumpulan dapat mempertingkatkan sikap pelajar terhadap Matematik, disebabkan pelajar mendapat bantuan daripada rakan yang lain (Davidson, 1985). Seterusnya, pembelajaran secara koperatif berupaya membantu pelajar-pelajar kolej mengatasi sikap negatif terhadap Matematik (Higbee & Thomas, 1999). Pembelajaran Koperatif juga memberi peluang kepada pelajar untuk mendekati sesuatu masalah dengan pelbagai cara. Jika pelajar bekerjasama dalam berkongsi pendapat, membentuk penjelasan dan memberi makna kepada idea seseorang, mereka akan lebih yakin bahawa masalah boleh diselesaikan dengan pelbagai cara (Barb & Quinn, 1997). Penulis juga mendapati bahawa hasil kajian menunjukkan bahawa kelas-kelas yang memberi peluang kepada perbincangan tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah, mempunyai pelajar yang berpencapaian tinggi (Barb & Quinn, 1997). Ini menunjukkan bahawa apabila pelajar terlibat secara langsung dengan proses pembelajaran, maka pembelajaran itu lebih memberi makna kepada mereka.


IDEA DAN ISI UTAMA.

Komen daripada pensyarah di universiti mengatakan bahawa sebahagian besar pelajar matrikulasi tidak mendapat keputusan yang baik semasa di Tahun 1, terutama bagi subjek yang berkaitan dengan Matematik dan pelajar mempunyai tanggapan yang negatif terhadap subjek Matematik (Rokiah & Maslina, 1998). Kajian Zolkepeli et al. (2001) mendapati Matematik merupakan subjek yang paling sukar difahami berbanding dengan subjek-subjek lain. Menyedari perkara tersebut, penekanan harus diberi kepada proses penyelesaian masalah Matematik dan pemahaman konsep semasa pengajaran. Untuk berjaya dalam penyelesaian masalah Matematik, seseorang itu harus mempunyai strategi pengawalan, iaitu aspek metakognisi (Schoenfeld, 1985). Ketidakupayaan pelajar untuk membuat pengawalan terhadap proses pemikiran mereka merupakan masalah utama pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik (Garafalo & Lester, 1985; Schoenfeld, 1985). Hasil kajian Rokiah dan Maslina (1998) mendapati pelajar matrikulasi mempunyai tanggapan yang negatif terhadap subjek Matematik dalam bidang Kejuruteraan. Masalah sikap ini penting kerana menurut Riley (1997) faktor-faktor afektif boleh mempengaruhi perkembangan kognitif pelajar.Masih terdapat banyak ruang yang boleh diterokai bagi mendapatkan satu kaedah pengajaran yang boleh diaplikasi kepada semua peringkat pendidikan,sama ada peringkat menengah, kolej atau universiti. Melihat kepada masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam Matematik telah menggerakkan pengkaji untuk melihat kesan pembelajaran Koperatif terhadap pelajar matrikulasi.
PENDAPAT PENGULAS
Saya bersetuju dengan pendapat penulis bahawa pembelajaran Koperatif memberi kesan yang positif ke atas pelajar matrikulasi dalam mata pelajaran matematik. Menurut hasil kajian S-L Gan (1992), dalam konteks di Malaysia menyatakan murid berpendapat pembelajaran serta aktiviti dalam pembelajaran Koperatif adalah menyeronokkan. Beliau juga mendapati pendekatan Koperatif dapat membantu dalam membentuk nilai murni, mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di kalangan murid, maka pembelajaran Koperatif adalah amat sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah Malaysia. Menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan dalam pembelajaran Koperatif ialah murid dilatih untuk berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan, semuanya merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia bekerja pada masa depan.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), pelajar mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu pelajar memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0–2 tahun), pra-operasi (2–7 tahun), operasi konkrit (7–11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa).
Menurut Teori Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru. Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik (Mok Soon Sang, 1996) iaitu:
1: Teorem Pembinaan; Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.
2: Teorem Tatatanda Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut.
3: Teorem Kontras dan Variasi Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.
4: Teorem Perhubungan ; Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.
Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.
Sementara pendapat Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi. Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu:
1: Prinsip Konstruktiviti; Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik.
2: Prinsip Perubahan Perspeptual; Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.
3: Prinsip Dinamik; Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep.
Menurut kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah Koperatif dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan pelajaran kursus Diploma Pendidikan Malaysia terus memberikan penekanan dalam kaedah Koperatif. Hasil kajian T. H. Gan dan Wong (1995) mendapati bahawa Pembelajaran Koperatif mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid dalam pembelajaran matematik. T. H. Gan (1999) menyatakan murid berpendapat bahawa pendekatan Koperatif adalah seronok kerana ia memenuhi keperluan untuk berinteraksi bersama, mewujudkan suasana belajar yang lebih terjamin dan bebas dari tekanan, beliau juga mencadangkan bahawa pembelajaran koperatif sesuai sekali digunakan untuk menangani masalah penguasaan kemahiran asas matematik bagi murid-murid pelbagai tahap pencapaian.
Merujuk kepada penyelidikan meluas yang telah dijalankan di luar negeri, didapati proses pengajaran-pembelajaran dengan pendekatan pembelajaran koperatif adalah lebih berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik dibanding dengan pendekatan tradisional (Davidson, 1985). Menurut Slavin (1980), Sharan (1980), Johnson, Johnson, dan Holubec (1990) dan Pensri & Krongthong (1992), selain dari pencapaian akademik, pembelajaran koperatif juga membawa kesan yang positif dalam hubungan sosial antara kaum serta sikap dan minat terhadap pembelajaran. Kagan (1994), mendapati pendekatan pembelajaran koperatif membantu murid menjadi kurang gelisah dalam pembelajaran kerana sokongan yang terjamin dari ahli kumpulan. Davidson (1990) telah membuat ringkasan. terhadap banyak kajian oleh pengasas pembelajaran koperatif dan menyatakan lebih dari 40% kajian tersebut menunjukkan pencapaian murid adalah jauh lebih baik dengan pendekatan pembelajaran koperatif. Menurut Professor Hartman (1997) dari Teori Interaksi Sosial Vygotsky’s menyatakan apabila murid belajar secara kopeartif dalam kumpulan, mereka akan dibantu oleh rakan sebaya dan dapat bekerja lebih rapat untuk mencapai potensi diri masing-masing jika dibanding dengan pembelajaran secara diri.
Rumusan yang dibuat oleh D. W. Johnson dan R. T. Johnson (1989) dari 375 kajian luar negeri yang dijalankan dalam jangka masa 90 tahun mendapati pendekatan pembelajaran koperatif adalah paling berkesan dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi, idea-idea kreativiti, applikasi dalam dunia sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah. Selain itu, juga didapati hubungan antara individu menjadi lebih positif termasuk mereka yang berbeza dari segi kebolehan intelek, kumpulan ethnik, kelas sosial dan keadaan fizikal. Kajian yang dibuat terhadap kesan pembelajaran koperatif dalam matapelajaran matematik dan sains juga menunjukkan kesan yang positif. Sherman & Thomas (1986), mendapati pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian murid cergas, sederhana dan lemah dalam matematik. Kajian Slavin (1990), Davidson (1985) dan Webb (1985), mendapati murid lebih bersikap positif terhadap matematik dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah matematik juga meningkat. Dapatan Nellson (1996) yang telah melaksanakan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Kimia, Sains dan Teknologi menunjukkan amalan pembelajaran koperatif menyebabkan murid menjadi lebih gigih dan menghasilkan tugasan yang lebih berkualiti. Dees (1991), melaporkan murid dapat menyelesaikan masalah matematik dengan terbaik apabila dapat bekerja dalam kumpulan kecil. Selain itu, beliau juga mendapati pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai untuk mereka yang tidak yakin dan lemah dalam penyelesaikan masalah matematik.

KESIMPULAN
Dalam pembelajaran Koperatif, pelajar boleh bersemuka dan berbincang serta bertukar maklumat, membantu rakan-rakan, berkongsi pandangan yang berbeza, mendapat maklumbalas segera dan memberi galakan antara satu sama lain. Dalam suasana berinteraksi antara satu sama lain, membolehkan pelajar menjelaskan strategistrategi dan idea-idea Matematik dengan perkataan mereka sendiri, dengan itu saling membantu dalam memproses aktiviti kognitif yang kompleks (Davidson, 1985). Pengajaran tradisional adalah lebih kepada peranan guru menyampaikan maklumat dan juga merangkumi aspek penyelesaian masalah Matematik dalam kelas secara individu. Bagi kumpulan tradisional, pengajaran di dalam kelas tidak melibatkan penggunaan kumpulan kecil. Pada awal pengajaran, guru mengedarkan set-set soalan yang disediakan bagi tujuan penyelesaian masalah Matematik. Setiap pelajar mendapat soalan yang sama dan guru meminta pelajar melengkapkan soalan latihan yang diberi. Di samping itu, guru juga berbincang dengan pelajar tentang masalah yang mereka hadapi. Jika menghadapi masalah, guru menerangkan cara atau kaedah sesuatu masalah itu diselesaikan serta membincang soalan-soalan lain yang berkaitan. Setiap langkah penyelesaian diterangkan oleh guru.
Guru juga memilih dan memanggil beberapa orang pelajar bagi menyelesaikan masalah di papan putih. Seterusnya guru memberi kerja kelas tambahan dan meminta pelajar menyiapkan tugasan yang selanjutnya jika diperlukan. Pada akhir pengajaran, guru membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari. Langkah-langkah ini diulang pada setiap kali kelas tutorial sehingga ke minggu akhir semester. Pembelajaran seperti ini tidak memberikan perkembangan yang positif kepada pelajar. Tujuan utama sistem koperatif adalah bagi menggalakkan akauntabiliti dalam diri pelajar. Hasilnya, pelajar-pelajar bekerjasama sebagai satu pasukan dalam kumpulan masing-masing. Jika perkara ini tidak dilaksanakan, berkemungkinan kerjasama antara pelajar tidaklah seperti yang diharap pembelajaran Koperatifan. Selain itu, faktor lain yang mungkin membawa kejayaan kepada intervensi ini ialah program latihan yang dijalankan terhadap guru yang mengajar kumpulan koperatif.
Berbanding dengan guru yang mengajar kumpulan tradisional, guru kumpulan koperatif telah diberi latihan intensif dalam mengendalikan pembelajaran Koperatif. Pengajarannya mungkin menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar. Walaupun tiada perbezaan signifikan antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional, sikap pelajar terhadap Matematik adalah stabil bagi kumpulan koperatif jika dibandingkan dengan kumpulan tradisional yang menunjukkan penurunan. Dapatan kajian ini menunjukkan pendekatan pengajaran yang melibatkan peranan aktif pelajar mampu meningkatkan prestasi pelajar. Dengan itu, guru Matematik perlu mengambil peranan yang lebih proaktif dalam menjalankan sebarang perubahan pengajaran kerana ia memberi kesan kepada pembelajaran Matematik pelajar. Bermakna, pengajaran berpusatkan pelajar seperti pembelajaran Koperatif perlu menjadi amalan pengajaran di bilik darjah. Dapatan kajian ini juga memberi implikasi kepada pelajar. Dapatan kajian menunjukkan pembelajaran Koperatif merupakan satu pendekatan yang sesuai bagi pelajar mengambil bahagian secara aktif di dalam pembelajaran mereka. Walaupun sikap terhadap Matematik tidak menunjukkan perubahan selepas intervensi pembelajaran Koperatif, tidak bermakna pembelajaran Koperatif telah gagal. Pembelajaran Koperatif tidak menyebabkan pelajar menjadi semakin negatif dari segi sikap. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan terlebih dahulu dalam melaksanakan pembelajaran Koperatif dalam kelas tutorial matrikulasi. Perkara-perkara tersebut adalah (a) sokongan pentadbiran, (b) latihan guru dan (c) kolaborasi antara guru, (d) latihan pelajar. Perkara-perkara tersebut adalah penting bagi kelancaran pelaksanaan pembelajaran Koperatif. Melihat kepada literatur, tiada kelebihan ketara yang ditunjukkan oleh penggunaan kaedah tradisional dalam pengajaran secara berterusan. Kaedah pengajaran tradisional masih boleh digunakan kerana relevan bagi menyampaikan maklumat dan konsep Matematik dalam keadaan tertentu. Bagaimanapun, pembelajaran Koperatif boleh dijadikan alternatif kepada kaedah tradisional. Dengan kerjasama guru dan pelajar-pelajar, pembelajaran Koperatif boleh memberi kesan positif kepada pelajar. Walaupun terdapat rintangan serta halangan dalam pelaksanaan pembelajaran Koperatif (Effandi, 2001), ia masih juga memberikan hasil yang konsisten terutama dari segi pencapaian dan kemahiran menyelesaikan masalah.



Bahan Rujukan:
http://www.my-rummy.com/Kanak-kanak_belajar_matematik.html
http://www.scribd.com/doc/4325038/Jurnal-Kesan-Pembelajaran-Koperatif-Terhadap-Sikap-dan-Pencapaian

www.scribd.com/.../Jurnal-Kesan-Pembelajaran-Koperatif-Terhadap-Sikap-dan-Pencapaian


Permainan Matematik

a) Apakah permainan Matematik?
Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak mula sedar peranan dan keupayaan matematik dalam menjayakan hasrat murni negara dalam mencapai status sebuah negara perindustrian pada tahun 2020. Penekanan kepada bidang matematik mula dirasakan apabila Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang ialah kelemahannya dalam menguasai bidang matematik. Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhiraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Kaedah main sambil belajar.
Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu seremban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan dalam mengira mata yang diperolehi.
Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai – nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang – rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.
Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permainan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan hendaklah diberi dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti guru.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat terhadap bidang Matematik. Ibu bapa perlu menyediakan banyak permainan Matematik dan alat mainan Matematik yang banyak bagi membantu anak-anak memahami kepentingan konsep Matematik . Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata, proses pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka bermain.
Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain permainan Matematik. Anak-anak anda (jika anda ialah para ibu bapa) atau pelajar (jika anda ialah para guru) mesti diberi peluang agar dapat menjadikan minat terhadap Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik sekolah rendah yang disediakan. Kanak-kanak tidak perlu melepaskan peluang keemasan ini.
Kanak-Kanak Tadika Belajar Matematik Melalui Pengalaman Seharian Bukan melalui penghafalan! Cuba anda meneliti pemahaman anda terhadap konsep asas Matematik. Satu soalan yang paling digemari dan sering ditanya ialah: Kenapakah dua campur dua jadi empat? Jawapannya ialah empat dan tidak ada alasan kenapa jawapannya bukan empat. Saya berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak diajar Matematik melalui pendedahan masing-masing terhadap nombor dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya melalui permainan dan keriaan. Sama ada anda ialah seorang guru atau ibu bapa, permainan tersebut akan dapat membantu kanak-kanak kesayangan anda mempelajari Matematik melalui pendedahan yang berulang, aritmetik, saiz dan konsep Matematik yang lain
Permainan Tambahan Satu Pancingan ialah satu permainan yang mempunyai peraturan yang mudah dan permainan ini boleh digunakan untuk mengajar fakta operasi asas operasi tambah seperti 3+1=4. Permainan ini boleh dimainkan dengan hanya menggunakan sebarang kad yang bernombor, seperti kad UNO. Apabila kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran menambah nombor 1 kepada nombor -nombor lain, anda boleh menggalakkan mereka bermain permainan Tambahan Dua Pancingan, permainan Tambahan Tiga Pancingan atau bermain permainan Tambahan Tambahan Pancingan! Ini akan mendorong kanak-kanak explore permainan ini dan gembira dengan permainan Matematik ini.

Permainan Matematik untuk kanak-kanak Tadika atau kertas kerja operasi tambah, bukanlah kerja kerja yang biasa dijumpai. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tentu suka akan permainan Matematik kerana permainan ini menggabungkan konsep Matematik dengan visual gambar yang berwarna-warni. Kanak-kanak memang gemar kepada permainan yang ada visual dan berwarna-warni. Jika permainan operasi tambah tadika dapat mengajar kanak-kanak menguasai operasi tambah, maka kamu boleh memperkenalkan permainan tadika operasi tolak kepada kanak-kanak pula. Yang paling penting ialah objektif pembelajaran matematik tercapai sepenuhnya dan pelajar atau anak-anak gembira dan menyukai subjek Matematik.


b) Mengapa perlu permainan Matematik?
Bagi pendapat saya permainan Matematik perlu diwujudkan kerana adanya permainan ini dapat merapatkan jurang kebimbangan pelajar kepada mata pelajaran Matematik. Pelajar harus belajar mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang di fahami. Dalam proses mengenal pasti masalah, kaedah,teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu ditekankan. Pertama sekali pelajar perlu mengkaji ramalan kerana ia dapat membantu memandu murid-murid mendapatkan maklumat yang paling mudah. Ia juga memandu murid-murid membuat ramalan tentang apa yang mungkin berlaku, bagaimana masalah ini boleh diselesaikan dan apakah langkah yang perlu dilakukan. Kedua mengumpul maklumat, setelah maklumat dikumpul murid dapat menyusun maklumat mengikut urutan. Di sini murid dapat membuat ramalan, memeriksa maklumat dan menentukan kebenarannya. Seterusnys murid-murid harus merangka prosedur dan urutan untuk menyelesaikan masalah melalui uji kaji. Ketiga ialah menganalisis, di mana murid-murid membuat analisis dan ujian tentang ramalan yang dibuat. Di sini murid – murid cuba menyelesaikan masalah, membuat penilaian kreatif untuk pengsahan. Akhir sekali membuat rumusan iaitu murid-murid seharusnya sudah mempunyai rumusan dan kesimpulan tentang masalah atau fenomena yang dikaji.

Aktiviti inkuiri dalam bentuk permainan Matematik .
Sebelum melakukan aktiviti permainan Matematik, pastikan pelajar dapat aplikasikan aktiviti dalam bentuk inkuiri, iaitu;
1) Pemerhatian
Mempunyai dua keperluan asas iaitu pengesahan, kebolehpercayaan.
2) Penjelasan
Melalui pemerhatian murid-murid dapat mengenalpasti persamaan perbezaan terhadap masalah yang dikaji.

3) Membuat ramalan
Di sini murid-murid memberi penjelasan dan huraian tentang maklumat yang telah mereka kumpul. Ini melibatkan kemahiran murid -murid untuk mengemukan sebab yang munasabah bagi hujah atau kenyataan tentang sesuatu kejadian, perkara, benda atau fenomena.
4) Uji kaji
Dijalankan untuk membuktikan ramalan yang telah dibuat. Murid dapat menentukan ramalan itu sama ada benar atau salah. Murid juga sedar tentang arahan yang mereka ikut sama ada betul atau salah. Ini membolehkan mereka membuat uji kaji yang lain.

Di sini kita boleh gunapakai kaedah permainan matematik agar lima faktor tersebut dapat diaplikasikan semasa permainan matematik digunakan
(1) pengeluaran idea individu
Merupakan tindakan kanak-kanak mengeluarkan idea dalam mengatasi masalah di mana penyelesaian yang betul diperolehi daripada pengunaan sumber-sumber ingatan dan pesekitaran walaupun penyelesaian masalah yang betul tidak diketahui oleh kanak-kanak tersebut
(2) Pencapaian konsep
Dimana kanak-kanak perlu mencari perhubungan mengenai pelbagai pekara dalam masalah tersebut dimana hasil daripada perhubungan atau penjelasan tentang masalah tersebut maka lahirlah konsep untuk menyelesaikan masalah tersebut.
(3) Kerja kreatif.
Tidak semua penyelesaian masalah dapat digolongkan sebagai masalah yang begitu jelas. Ada juga keadaan-keadaan yang dapat diselesaikan dengan berbagai-bagai cara dan tidak ada satu cara pun dianggap terbetul sekali. Tetapi dalam permainan matematik pasti dapat menyelesaikan masalah kerana kanak-kanak perlu berfikir dengan kreatif .
(4) Membuat keputusan
Dalam menyelesaikan masalah, kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan, dan pemilihan tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan tertentu tetapi bergantung kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata. Permainan matematik memang memerlukan kana-kanak berfikir kendiri agar permainan dapat dilangsungkan dan tamat mengikut apa yang dikehendaki oleh permainan tersebut. Ini dapat meningkatkan kecekapan kanak-kanak membuat keputusan tanpa rasa bimbang dan rasa terpaksa.
(5) Menyelesaikan masalah dalam kumpulan
Sesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini diminati oleh para psikologis. Teknik ini juga boleh diubahsuai dalam bentuk permainan agar semangat kerjasama dalam kumpulan dapat diaplikasikan.

Dalam situasi pengajaran di dalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah, Guru dapat menggunakan permainan matematik agar pengukuhan ini dapat diteruskan dengan cara tidak langsung. Murid-murid dapat aplikasikan 4 langkah ini dengan penuh penghayatan.
(1) Memikirkan—pelajar harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih mendalam samaada sifir atau formula matematik ini bermakna murid lebih menumpukan kepada isi kandungan yang harus diingat
(2) Mengulang—pelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahan-bahan tersebut diulang-ulang hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan idea tentang maklumat yang dipelajari.
(3) Menyemak—pelajar juga harus pastikan segala bahan yang telah dipelajari dengan menyemak dan memperbetulkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan.
(2) Mengingatkan—pelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang telah dipelajari supaya segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan peringkat terakhir dalam proses hafalan.
Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentang apa yang telah diajar agar tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan.. Latih tubi dalam bentuk permainan amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati formula-formula yang penting. Di sini kita sedar mengapa perlunya permainan matematik Latihan latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu. Sebenarnya kaedah permainan matematik boleh mengatasi masalah dan membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang matematik.

Movie : Singa menyanyi

Saturday, April 2, 2011

Hasil Karya Adobe Photoshop Kami Bertiga,

Cover Buku Aktiviti Matematik Tahun 1 hasil Rafiza bt Radzi
Banner Hari Matematik hasil Azimah bt Omar.


Banner Karnival Matematik hasil Zainurul Zahar Zainol